Tuesday 10 November 2020

Saskatoon, Saskatchewan

Semasa pemanduan 18 jam dari Edmonton ke Winnipeg http://sharery.blogspot.com/2020/10/pemanduan-dari-edmonton-ke-winnipeg.html, saya dan suami membuat persinggahan di beberapa buah tempat dan salah satunya ialah Saskatoon. Saskatoon ialah bandar paling besar di negeri (province) Saskatchewan. Kami meninjau lapangan terbang yang sunyi sepi kerana musim pandemik. Walaupun ada penerbangan keluar dan masuk tetapi ia sangat terhad. Selepas itu kami ke pusat bandar untuk melihat kesibukan pada waktu tengah hari. Saya tidak pasti sama ada ramai yang bekerja dari rumah atau musim cuti persekolahan atau ada sebab lain tetapi apa yang dapat saya katakan ialah bandar ini tidak sibuk seperti yang dijangkakan. Gambar terakhir di bawah ini ialah tempat paling terkenal bagi mereka yang ingin mengambil gambar berlatar belakangkan pusat bandar Saskatoon.























Instagram : blog_th2010
Facebook : blog_th2010
You Tube : Shery NN

No comments:

Post a Comment