Thursday 19 November 2020

Winnipeg, Manitoba (Bahagian 1)

Winnipeg ialah ibu negeri (province) dan bandar terbesar di Manitoba. Winnipeg diberi nama dari Tasik Winnipeg yang terletak 65 kilometer utara dari Winnipeg. Tempat pertama yang dituju dalam lawatan satu hari di Winnipeg ialah hanya berhampiran dengan hotel. Inilah untungnya apabila meginap di hotel yang bersebelahan dengan lapangan terbang kerana berpeluang bergambar dengan batu penanda selamat datang. Di pusat bandar, saya telah ke beberapa tempat tarikan pelancong yang hanya berdekatan antara satu sama lain. Jadi ia memudahkan pengunjung untuk meletakkan kenderaan di satu tempat sahaja. Muzium Hak Asasi Kanada (Candian Museum Of Human Rights) wajib dikunjungi. Reka bentuk bangunannya yang unik menjadi ikon bagi bandar Winnipeg.

Tidak jauh dari situ terletaknya tapak bersejarah The Forks, Muzium Kanak-Kanak, hotel, Pusat Khidmat Pelancongan Manitoba, Johnston Terminal dan Pasar The Forks yang menempatkan kedai cenderamata, butik, kafe, restoran dan pejabat. Bangunan stesen televisyen Citytv juga berdekatan dengannya. 

Artikel ini akan bersambung ke bahagian dua di mana saya bakal kongsikan beberapa lagi tempat menarik. Senarai yang saya nyatakan di atas sesuai dilawati bagi mereka yang mempunyai masa yang terhad atau berada hanya kurang 24 jam sahaja di Winnipeg. Video yang dirakamkan semasa lawatan ini boleh ditonton melalui saluran You Tube Shery NN; https://youtu.be/nDYWz5FYC0o




































Instagram : blog_th2010
Facebook : blog_th2010
You Tube : Shery NN

No comments:

Post a Comment