Monday 30 November 2020

Thunder Bay, Ontario

Thunder Bay ialah sebuah bandar yang terletak di Tasik Superior, Ontario, Kanada. Selepas daftar masuk di hotel, saya meluangkan waktu petang dengan bersiar-siar di bandar Thunder Bay. Thunder Bay merupakan sebuah bandar lama dan dapat jelas dilihat melalui seni bina dan bangunan-bangunannya. Salah satu tempat terkenal yang dapat saya lawati ialah Waterfront Plaza. Di sini menempatkan marina, taman rekreasi, pusat seni, hotel, restoran, kafe dan banyak lagi. Satu masa dahulu, kawasan marina ini merupakan bekas pusat pengendalian bijiran dunia. Lif terminal pertama di Kanada telah dibina di sini yang berfungsi untuk membersihkan bijiran yang tercemar. Lapangan Terbang Antarabangsa Thunder Bay, merupakan lapangan terbang yang keempat paling sibuk di Ontario selepas Toronto, London dan Ottawa. 
Video yang dirakamkan di Waterfront Plaza boleh ditonton melalui saluran You Tube Shery NN; 
https://youtu.be/nKClHL8ogpw

































Instagram : blog_th2010
Facebook : blog_th2010
You Tube : Shery NN

No comments:

Post a Comment