Sunday 6 December 2020

Hotel Best Western Thunder Bay Crossroads

Best Western Crossroads ialah hotel penginapan saya semasa berada di Thunder Bay, Ontario. Kelebihan hotel ini ialah lokasi yang strategik di mana ia terletak di jalan utama yang menempatkan pelbagai kemudahan seperti contoh pasar raya, restoran, hotel dan ia juga berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Thunder Bay. 

Oleh kerana pandemik COVID-19, gimnasium ditutup sejak dari bulan Mac dan sarapan pagi tidak dihidangkan secara buffet tetapi pihak hotel telah membungkus makanan dan minuman untuk tetamu menikmatinya sama ada di dalam bilik atau di bawa pulang. Video yang dirakamkan di hotel Best Western Crossroads boleh anda tonton melalui saluran You Tube Shery NN ;https://youtu.be/IV_gsrTJWx4























Instagram : blog_th2010
Facebook : blog_th2010
You Tube : Shery NN

No comments:

Post a Comment