Sunday 22 November 2020

Pemanduan Dari Winnipeg Ke Thunder Bay

Kembara diteruskan menuju ke destinasi seterusnya bermula pada jam 5:00 pagi dari hotel di Winnipeg. Setelah memandu sepanjang 218 kilometer, persinggahan pertama pada pagi itu ialah berhenti untuk bergambar di sempadan antara Manitoba dan Ontario. Persinggahan kedua ialah di Kenora iaitu bandar kecil yang terletak di bahagian barat Ontario. Saya tertarik melihat pasar raya Walmart di sini yang masih mengekalkan logo lama. 

Pemandangan yang banyak dilihat di sepanjang pemanduan ialah tasik. Melalui maklumat dari Wikipedia, Ontario mempunyai lebih dari 250 000 buah tasik pelbagai saiz. Persinggahan ketiga begitu menarik sekali kerana di sini diletakkan papan tanda yang menunjukkan tanda pemisah waktu antara Zon Tengah dan Zon Timur Kanada. Dengan jumlah keseluruhan 707 kilometer, akhirnya saya dan suami selamat tiba di Thunder Bay.  Video pemanduan dari Winnipeg ke Thunder Bay boleh ditonton melalui saluran You Tube Shery NN; https://youtu.be/lDr3lfTfaAI
Manakala gambar-gambar yang dirakamkan di Thunder Bay akan saya siarkan di dalam artikel akan datang.




















Instagram : blog_th2010
Facebook : blog_th2010
You Tube : Shery NN

No comments:

Post a Comment