Assalamualaikum w.h.t dan Salam Hujung Minggu
Umum sedia maklum bahawa di mana mana negara yang mengadakan pilihanraya,rakyat yang memikul tanggungjawab untuk keluar mengundi.
Kata orang,kuasa mengundi di tangan rakyat.
Saya sendiri berasa amat berpuas hati kerana sebagai rakyat Malaysia,saya juga pernah dan sudah menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2003 dan 2008. :-)
Berbalik kepada tajuk di atas, setelah hampir dua bulan negara ini(Australia) mengadakan kempen pilihanraya,maka pada hari ini bertarikh 21Ogos 2010 berlangsung lah pilihanraya umum Australia.
Pada sebelah petang tadi,saya mengambil peluang menemani suami yang menjalankan tanggungjawab beliau sebagai rakyat Australia yang turut keluar mengundi.
Inilah pengalaman kali pertama saya melihat dengan lebih dekat bagaimana pilihanraya Australia diadakan.
Di sini saya kongsikan bersama beberapa gambar yang saya rakamkan di sekitar Council House, iaitu salah satu tempat untuk penduduk tempatan membuang undi.
*Council House kalau di negara Malaysia seperti Dewan Bandaraya bagi sesebuah kawasan contohnya ; DBKL atau DBI dan sebagainya*
Tempat mengundi dibahagikan kepada dua kategori.Di sebelah kiri dikhaskan untuk pengundi yang menetap dan beralamat di Perth,manakala di sebelah kiri dikhaskan untuk pengundi yang menetap dan beralamat di negeri-negeri lain.
Suami sedang menunggu giliran
Ini bukan kali pertama suami pergi mengundi di Perth,oleh itu urusan pendaftaran berjalan lancar dan tidak ada sebarang masalah.
Kempen piliharaya yang dimaksudkan di sini tidak seperti di Malaysia di mana sepanduk,poster,risalah dan bendera parti parti yang bertanding dikibar atau dipacakkan di setiap lampu jalan atau di seluruh pelusuk kampung,kawasan perumahan atau di pekan pekan kecil mahupun di bandaraya.
Di sini,poster dan risalah parti parti yang bertanding hanya dapat dilihat terlalu minima di beberapa tempat dan kawasan yang dibenarkan sahaja.
Boleh saya katakan pada hari ini(hari pilihanraya),baru saya dapat melihat 'perang poster' di hadapan Council House.
Proses kiraan kertas undi bermula lewat petang tadi dan di jangka berakhir awal pagi esok.Keputusan penuh dapat kita ketahui secara rasmi pada esok hari.
Walaupun saya bukanlah rakyat Australia yang layak mengundi,tetapi saya dapat merasai debaran rakyat negara ini yang menanti keputusan yang bakal diumumkan kelak sama seperti debaran yang dirasai ketika menunggu keputusan pilihanraya di Malaysia.
Saya akui di sini,saya juga peka dengan isu isu semasa dan sedikit sebanyak tentang politik tempatan.
Mungkin sesetengah orang tidak mengendahkan apa itu pilihanraya dan tidak kisah untuk keluar mengundi.
Suami saya berkata,beliau juga mengakui memang mengambil peduli siapa dan parti politik mana yang bakal mentadbir negara ini.Hasil pentadbiran bakal kerajaan baru Australia samada positif atau negatif,kesan atau impaknya pasti dirasai oleh rakyat tempatan terutamanya bagi mereka yang bekerja di sektor sektor kerajaan mahupun swasta atau mereka yang bekerja di bawah nama nama besar yang banyak menjana dana pendapatan ekonomi negara dan tidak terkecuali melibatkan suami saya sendiri.
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama saya di Terjemahan Hati pada hari ini.Bertemu kita di masa akan datang,InsyaAllah :-)
selamat mengundi!!!!.. nampak tenang je proses mngundi.. klu ke mesia.. aiyokkkk!!!..
ReplyDeleteBetul tu cek,kat sini simple je.Tak payah kecoh2 :-)
ReplyDeleteHehe sini cool je. Takde yang jerit jerit or guna bendera macam nak pergi perang hehehe :)
ReplyDelete