Tuesday 17 August 2010

Semoga Cepat Sembuh

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Bahagia

Bertemu kita sekali lagi di Terjemahan Hati.

     Malam semalam selepas berbuka puasa,saya menemani suami menjalani rawatan(sleep study)di sebuah hospital di Perth kerana beliau mengalami masalah dengan tidur atau lebih dikenali sebagai microsleep.
Oleh kerana saya tidak dibenarkan berada di dalam satu bilik ketika suami menjalani rawatan,maka saya di berikan satu bilik khas yang lain untuk saya berehat atau tidur.
Terima kasih kepada dua orang jururawat yang bertugas yang memberikan layanan baik dan menjaga saya walaupun saya bukan pesakit. :-)

     Mujurlah saya bawa bersama komputer riba,dan dapatlah saya melayari internet sehingga awal pagi.
Terima kasih juga di ucapkan kepada dua orang anak saudara saya iaitu Yie dan Cek Intan yang sudi meluangkan sedikit masa mereka dengan menemani dan berbual bersama saya melalui Yahoo Messenger.
Di sini saya sertakan beberapa gambar yang sempat saya rakamkan ketika berada di hospital malam semalam.

              Risalah yang memberikan maklumat kepada pesakit dan pelawat

Bilik nombor 5

                              Pelbagai jenis wayar yang bakal digunakan

                                      Senyuman dalam debaran

Gambar terakhir dirakamkan sebelum suami menjalani rawatan dan saya tidak boleh berada di dalam bilik yang sama dari bermulanya sleep study pada sebelah malam sehingga berakhir pada sebelah subuh.

      Sepanjang malam saya berada di sebuah bilik yang lain sambil melayari internet

Keputusan daripada sleep study akan diketahui tidak lama lagi dan bakal ada temujanji dengan doktor yang mengendalikan kes ini.Semoga suami tersayang cepat sembuh.Amin.

5 comments:

  1. sorry lupa pulak.. adelabyrinth.blogspot.com. nak tulis lagi tapi tak sempat, banyak keje.. unitar baru pindah office. we made doa for you and azly to have a barokah life dunia and akhirah. baca le si adelina punya blog tu..esok2 kamu dah beranak pinak itu le ropanya..nanti2 tulis lagi, sgt2 sibuk..

    ReplyDelete
  2. Thank you, insyAllah all ok :)

    ReplyDelete
  3. Didoakan semoga Uncle cepat sembuh dan dapat work seperti biasa...
    drp kami di TMB.

    ReplyDelete
  4. Semoga hubby awak cepat sembuh.

    ReplyDelete