Thursday 12 August 2010

Salam Ramadhan 1431Hijrah

Assalamualaikum w.h.t,dan Salam Muhibbah

    Hari ini masuklah hari ketiga bulan Ramadan,tetapi hari kedua (2 Ramadhan)bagi kami yang menetap di Australia.
Syukur ke hadrat Allah kerana kita sebagai umat Islam masih lagi berpeluang menyambut bulan yang penuh keberkatan pada tahun ini.

    Masih tidak terlewat untuk saya ucapkan Salam Ramadhan dan Selamat Menyambut Bulan Puasa kepada seluruh ahli keluarga, rakan rakan serta pembaca setia Terjemahan Hati.

    Tahun ini sedikit berbeza bagi saya dalam menyambut serta menjalani ibadat berpuasa kerana tahun pertama berumahtangga malah berpeluang bersahur dan berbuka puasa bersama suami tercinta :-)
Saya merasa agak janggal juga kerana pada kali ini saya tidak berpeluang membeli juadah berbuka puasa di pasar pasar Ramadhan di sekitar Kuala Lumpur,Lembah Kelang dan juga di Ipoh.
Tidak ada pasar Ramadhan di bumi Kangaroo ini,oleh itu tiada pilihan melainkan memasak sendiri apa sahaja makanan atau juadah yang di inginkan.

   Gambar di bawah adalah hidangan berbuka puasa yang ringkas yang saya sediakan pada hari pertama berpuasa.
Antara lauknya adalah seperti ikan masak sweet sour,sambal udang,ayam goreng dan telur dadar.

     Sekian sahaja untuk kali ini,berjumpa lagi di lain masa dengan topik topik menarik yang masih berkaitan dengan bulan puasa.

Wassalam

    



 
   

12 comments:

  1. kak shery pandai masak..hihi...best2...=)

    ReplyDelete
  2. Tak pandai pun kena pandai kan jgak.kat sini takde pasar ramadan,pasar malam etc..so kena rajin masuk dapur lah,huhuhuhu

    ReplyDelete
  3. Ringkas tapi padat.....hehehehe
    jeli tu menarik perhatian la....
    lg satu a&w....lama da tak minum...

    ReplyDelete
  4. yie:Tq.jeli dan beer akar tu buatan malaysia :-)

    ReplyDelete
  5. nyum..nyum.. ikan masak sweet sour.. best2.. msty unclee mkn nasi acu mkn roti ye.. acu, cek da trun sekilo selama 5 hri puasa nie.. heheheh..

    ReplyDelete
  6. cek:terima kasih kerana meneka.hahhaha,acu dah masuk 2bulan tak makan nasi.
    cek pun dah turun berat?keep up the good work :)

    ReplyDelete
  7. bagus jugak tak de bazar2 ramadhan acu...appreciate more of family's cooking. of course seronok tengok orang berniaga tapi selalu nya tak sedap pun, mahal dan tak berapa bersih.

    kalau senang2 tu meh baca blog bekas office mate kat unitar ni, now in melbourne, doing her phd, the husband nazim works there. dia ni budak bangsar, kerja di UM, ada mix darah cina penang. see how she breaks fast, simple je.. LOVE FROM US IN GOMBAK, DIDOAKAN SEMOGA SIHAT SELALU:)

    ReplyDelete
  8. cik yan,mmg pun bila dah dok jauh baru sedar dan bersyukur sbb tak membazir duit kat bazar ramadhan.coz kalau dulu2,beli lah apa2 pn sure tak habis smp ke sahur the next day.
    so kita masak pun ringkas2 je utk kami berdua.yg penting kenyang :)
    nnt cik yan bagi lah link kwn tu.,..
    anyway,teringat zaman dok rumah makngah masa time puasa 2004.
    dan teringat kenangan bukak puasa kat sana jgak.kirim salam rindu makngah dan keluarga.Tq :)

    ReplyDelete
  9. Salam Ramadhan dan Salam Aidil Fitri dik......

    ReplyDelete