Tuesday 15 February 2011

Berkongsi Tarikh Kelahiran Dengan Nabi Muhammad SAW

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Maulidur Rasul

Bertuah rasanya kepada mereka yang berkongsi tarikh kelahiran sama dengan Nabi junjungan kita iaitu Nabi Muhammad s.a.w.
Antara mereka yang di maksudkan ialah anak saudara saya Mohd Al Aiman.Mengikut bulan Islam,Aiman di lahirkan pada 12 Rabiul Awal.
Manakala Mohd Al Amin(abang) di lahirkan satu hari selepas Maulidur Rasul juga mengikut bulan Islam.Amin sangat beruntung kerana selepas abang ipar mengazankan beliau,Mufti Perak,Tan Sri Harussani Zakaria pula mengazankan ke telinga beliau untuk kali kedua.
Abang ipar dan Mufti Perak sama-sama mengenali dan kebetulan ketika itu Tan Sri Harussani lalu di klinik tempat kakak saya bersalin.
Aiman di depan,Amin di belakang

Semoga Amin dan Aiman berjaya dalam pelajaran dan menjadi anak yang soleh,InsyaAllah. :-)

Sempena Maulidur Rasul,marilah kita berselawat tanda kita mengingati baginda Rasullulah SAW.

7 comments:

  1. Salam Maulidur Rasul...

    Alhamdulillah n sykuran eh Amin and Aiman lahir sama tarikh dgn Nabi Muhammad s.a.w.....semoga mereka berdua menjadi anak2 soleh n punya ahlak yg baik....Amin..


    Wanita Atas Bukit

    ReplyDelete
  2. Amin dah besor....hahaha Selamat hari jadi!

    ReplyDelete
  3. Alhamdulilah, bukan senang nak dapat tarikh kelahiran sama dengan baginda Rasulullah S.A.W.

    ~Kakak Cranbourne~

    ReplyDelete
  4. Acab : Yie,..ha ah dah besor :)

    Kakak Cranbourne : Bertuah mereka :)

    ReplyDelete