Thursday 10 February 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Jumaat

Dahulu keluarga saya pernah membela beberapa ekor kucing,tetapi sehingga ke hari ini saya bukanlah pencinta kucing apatah lagi membelainya. Maaf, saya langsung tidak berminat.

Saya biasa mendengar cerita dari kawan-kawan dan saudara mara tentang kematian kucing mereka,tetapi saya tidak pernah merasa apa-apa.

Sebentar tadi saya dimaklumkan oleh anak saudara,beliau baru sahaja kehilangan kucing kesayangan di Ipoh, Perak. Petang semalam Safee terbaring di tepi meter air, Safee menyambut kepulangan kakak ipar dari luar sehingga memasuki rumah. Setelah kakak ipar masuk ke rumah, Safee keluar pagar dan terus rebah. Beberapa minggu lepas Safee jatuh sakit setelah jatuh dari pokok akibat berlari dari di kejar seekor anjing. Mungkin juga ini lah salah satu punca kematiannnya.

Safee pergi buat selama-lamanya
 *gambar ihsan Ashraff Nor Ariff*

Anak saudara saya memang berbakat dalam bidang fotografi, dan gambar Safee yang beliau rakamkan ini begitu berkesan dan memberi impak kepada diri saya.

Apakah perasaan anda apabila melihat gambar ini?
Saya tidak pernah berjumpa dengan Safee, cukup sekadar sekeping gambar,setiap kali merenung ke dalam mata Safee saya dapat rasakan yang ia mahukan belas ikhsan, kasihan dan belaian.
Kucing juga adalah makhluk Allah, bernyawa dan mempunyai perasaan kasih sayang. Manusia pula adakalanya tidak berotak apabila sanggup membunuh, membuang bayi serta janin di merata tempat, dan menggugurkan kandungan.



HARI INI DALAM SEJARAH .....BUAT PERTAMA KALINYA SAYA MENANGIS DI ATAS PEMERGIAN SEEKOR KUCING BERNAMA SAFEE  :'(

8 comments:

  1. Walaupun ia hanya seekor kucing, tetap Salam Takziah. Ia pun makhluk Tuhan.

    Kesian CAB blum puas kenal ngan Safee :((

    Saya pun miss Bobby, Ricko, Ringo :((

    ReplyDelete
  2. ate kucin kami nama nya teja, bulan puasa tahun lepaih mak teh bagi. kamu ingat lagi mak teh tu acu? dia ngirim salam kat kamu. kak long and muhd sayang beno kan kucin, opah tukang bagi makan. teja is our best companion, our new family member:)

    ReplyDelete
  3. Kesian kan Safee....dia sakit lame tu. Dia batuk2...adoih...xpe..at least before dia mati, dia dijaga dengan baik. Makan minum dia semua mama bg... bye Safee...

    ReplyDelete
  4. Pilotz : Kucing pun ada hati dan perasaan.

    Sazsaz : Cik Yan,wahhh sonoklah ada Teja.Harap Teja tak nyorok dlm mesin basuh..hehehe..Kirim salam Mak Teh jugak.Mesti la ingat.. :)

    Acab : Yie,at least dia pergi rasa puas sbb jaga makan minum dia kan....

    ReplyDelete
  5. sadisnyerrr!!......kita plak dulu2 mmg suka kucing....da pelihara byk kucing, tak terkira....tidor pun ngan kucing!.....bila dh kawin, tak brpe minat pula ngan kucing2..mungkin dah dpt 'kucing sebenar'...;kucing 2 kaki, berkepala itam!!.....kwang kwang kwang. Bukan tak suka trus...masih sayang akt kucing cuma dah tak suka nak pelihara cos tak snaggup rumah berbau 'kucing'....

    Salam Takziah buat Safee(nama mcm org).....my kucing2 dulu nama drg ada...kontot(my fav), tupai, janggut, itam, comot, belang and byk lagi dah tak ingat..



    Pecinta Kucing...meowwwww!

    ReplyDelete
  6. Pecinta Kucing : Guna nama melayu lebih sedap dan rasa comel kan...

    ReplyDelete
  7. Comei Safee ni, dah bertahun2 pelihara jadi macam family jugakkan. Allah lebih sayang dia, takmo dia tersiksa lama.

    ~KC~

    ReplyDelete
  8. KC : Safee baru lagi dibela..dlm 2bulan lbh krg

    ReplyDelete