Friday 16 November 2012

ALCATRAZ (Bahagian 1)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Pulau Alcatraz terletak lebih kurang 1.5 batu (2.4 kilometer) dari luar perairan pantai San Francisco.Pulau yang juga di kenali sebagai "The Rock" ini pada asalnya dibina sebagai penjara tentera (1868) dan beralih kepada penjara persekutuan pada tahun 1933.Oleh kerana pengendalian penjara di pulau ini memakan kos yang banyak berbanding penjara lain,maka pada tahun 1963, penjara di pulau Alcatraz telah ditutup secara rasmi.

Pulau Alcatraz di dalam bulatan
Selepas Taman Negara mengambil alih dan menjaga semula Pulau Alcatraz,maka pada tahun 1973 pulau itu telah dibuka semula untuk kunjungan pelancong.
Ketika lawatan pertama kali saya ke San Francisco, saya dan suami gagal mendapatkan tiket untuk ke  Alcatraz kerana jualannya seperti pisang goreng panas.
Tidak sampai satu bulan selepas itu,kami kembali ke San Francisco dan kali ini kami telah menempah tiket secara online lebih awal( di galakkan untuk menempah tiket satu minggu awal atau lebih).

Gambar atas : Berdiri di hadapan pintu masuk terminal untuk ke Alcatraz.Terminal "Alcatraz Landing" ini terletak di Pier 33 berhampiran Fisherman's Wharf, San Francisco

Gambar tengah : Jika tidak menempah tiket dengan lebih awal, anda akan datang ke terminal dalam keadaan hampa (tiket yang dijual hanya untuk lawatan pada 4hb September manakala hari yang kami pergi ialah pada 30hb Ogos)

Gambar bawah : Replika gergasi Pulau Alcatraz (penjara)
Gambar kiri atas : Jadual waktu harian perlepasan ke Alcatraz

Gambar  kiri bawah : Jadual waktu feri dari Alcatraz pulang ke Pier 33

Gambar kanan atas : Peta untuk Alcatraz

|Gambar kanan bawah : Bersiap sedia untuk beratur untuk menaiki feri
Gambar atas : Feri yang bakal membawa kami ke Alcatraz

Gambar tengah : Berbaris untuk masuk ke dalam feri

Gambar bawah : Bertembung dengan feri yang baru pulang dari Alcatraz
Sebaik tiba di Pulau Alcatraz kami membeli senaskah peta panduan yang dijual pada harga USD1.Pengunjung hanya perlu meletakkan wang bayaran ke dalam tabung yang telah disediakan kerana tidak ada jurujual di situ.Saya kesal kerana ternampak pelawat yang mengambil peta ini tanpa bayaran.Mengapa perlu kedekut untuk mengeluarkan sedikit wang?USD 1 cukup setimpal kerana peta panduan berkenaan sangat berguna malah kualiti kertasnya juga bagus berwarna.
Gambar atas : Papan tanda penjara yang begitu popular yang sudah berusia puluhan tahun.Jika anda nampak di situ, contengan"Indians Welcome" bermaksud, pada tahun 1969, pulau ini telah diduduki oleh kaum orang asli Amerika (Native American) sebagai tanda protes kepada kerajaan mengenai dasar persekutuan yang berhubung kait dengan kaum tersebut.Mereka tinggal di sini hampir 2 tahun.Indian bermaksud orang asli Amerika

Gambar bawah kiri : Kelengkapan pertolongan cemas turut disediakan

Gambar bawah kanan : Menara pengawal


BUILDING 64 - Bangunan bernombor 64 ialah bangunan pertama yang dibina di dalam Pulau Alcatraz.Ia dijadikan berek pengawal tentera ketika pulau ini masih dijadikan penjara tentera.Selepas itu, apabila penjara persekutuan mengambil alih, bangunan 64 ini dijadikan rumah pangsapuri. Di sini tempat tinggal bagi tentera,pegawai penjara serta keluarga mereka
Saya mengambil peluang mengambil gambar lama yang dijadikan poster.Salah satunya ialah gambar pegawai tentera bersama keluarga sedang mengajurkan pesta.

Gambar di atas ialah senjata api yang digunakan oleh pegawai penjara serta dua poster di atas ialah gambar ketika era orang asli Amerika yang membuat protes di Alcataraz
Berada di dalam dewan di dalam bangunan 64 (Building 64) bagi menyaksikan tontonan video.Turut dilekatkan di dinding ialah bendera negeri California
Kami mengambil keputusan untuk mengikuti lawatan berjalan kaki pada jam 1.30 tengah hari.Walaupun lawatan ini singkat dan bukan merangkumi seluruh pulau,tetapi kami berminat kerana renjer bertugas akan membawa ke beberapa kawasan larangan yang hanya boleh dilawati dengan iringan beliau sahaja
Gambar sepontan dari dua pelancong yang berbeza.Nampak jelas pakaian dan kasut wanita ini tidak kena dengan tempat lawatan.Pulau ini bukan sahaja besar untuk dikelilingi dengan berjalan kaki, malah cuaca sejuk dan angin kuat memerlukan pengunjung berpakaian mengikut kesesuaian tempat.
Bagi seorang pemuda lain pula, walaupun kakinya tidak sempurna seperti orang lain tetapi ia tidak mematahkan semangat beliau untuk mengikuti lawatan di Alcatraz
Bangunan gudang dan loji janakuasa
Bangunan gudang dan loji janakuasa.Wanita bertopi seperti gambar di atas ialah renjer juga merangkap pemandu pelancong yang bernama Wendy
Gambar atas kiri : Melalui terowong bawah tanah menghala ke "New Industries Building"
New Industries Building
ialah bangunan dua tingkat yang terletak di sebelah barat penghujung Pulau Alcatraz.Tingkat bawah bangunan merangkumi kilang pakaian,kilang perabot,kilang berus, pusat cucian kering,dan pejabat di mana di sinilah tempat banduan boleh bekerja untuk mendapatkan wang pendapatan.
Manakala  pusat dobi mendominasikan keseluruhan tingkat atas dan dikira sebagai pusat dobi yang terbesar di San Francisco pada masa itu.
Gambar atas kanan / Gambar bawah kiri : Pintu ini (seperti yang ditunjukkan oleh Wendy) ialah lokasi  yang sama digunakan dalam babak filem The Rock  lakonan Nicolas Cage.

Gambar bawah kanan : Salah satu mesin perindustrian pengering cucian
*Maklumat tambahan* Selepas penjara persekutuan ditutup, Alcatraz menjadi tempat umum.Bukan sahaja orang asli Amerika yang menduduki pulau ini,tetapi penduduk yang lain datang dan merosakkan segala harta benda dan melakukan aktiviti yang kurang elok dan menjijikkan.Lebih teruk lagi bangunan New Industries Building telah terbakar.Anda boleh lihat di dalam gambar kesan hitam akibat terbakar di dinding dan bumbung bangunan.Kelihatan di dalam gambar paling bawah ialah perkakas untuk kegunaan mendobi
Dari jarak dekat lubang tandas yang kotor dan terbiar
Gambar atas kiri : Berjalan di dalam terowong untuk keluar dari  New Industries Building

Gambar bawah kiri : Wendy menerangkan beberapa lagi maklumat terakhir seperti contoh beliau menceritakan mengenai beberapa kes banduan yang cuba melarikan diri dari pulau ini.

Gambar atas kanan : Bangunan di belakang saya ialah Post Exchange & Officers ' Club. Bangunan ini dibina pada tahun 1910 dan dijadikan sebagai kedai runcit  menjual makanan dan keperluan harian untuk tentera dan ahli keluarga. Selepas penjara persekutuan mengambil alih, bangunan ini digunakan sebagai dewan rekreasi dan kelab pegawai yang di dalamnya terdapat lantai menari, gimnasium, dua lorong boling dan "soda fountain"(mesin/bekas menyimpan minuman berkarbonat seperti yang terdapat di restoran makanan segera)

Gambar tengah kanan & Gambar bawah kanan : Guardhouse & Sally Port - Pondok pengawal ini berfungsi sebagai garisan pertama atau benteng pertahanan terhadap serangan pihak musuh.Jambatan kayu dengan menjangkau kedalaman 15 kaki diperlukan untuk sampai ke pondok pengawal.Para tentera memasuki kubu melalui pondok pengawal dan diperkukuhkan lagi dengan Sally Port sebagai perisai.
Bilik penyimpanan senjata api bawah tanah pernah dijadikan sel penjara semasa "Civil War" dan menempatkan antara banduan pertama di Pulau Alcatraz

Selesai lawatan berjalan kaki bersama ranjer Wendy, selepas ini kami akan menyambung lawatan seterusnya iaitu ke bangunan penjara utama (Main Prison).

ALCATRAZ
akan bersambung lagi,nantikan....

3 comments:

  1. salam kak,
    seronok tgk akak, byk jalan-jalan
    luas pemandangan, banyak pengalaman.. (^_~)

    ReplyDelete
  2. Wsalam Nisah : Syukur Alhamdulilah,segala apa pun semuanya datangnya dari rezeki Allah :)

    ReplyDelete