Thursday 22 November 2012

ALCATRAZ (Bahagian 3)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Gambar atas kiri : Saya berdiri di hadapan pintu masuk ke dewan makan yang tertera di situ "Dining Hall".Sedikit kawasan kecil di antara sel dan dewan makan diberi nama "Times Square".Kebiasaannya kawasan ini adalah perhimpunan para banduan sebelum masuk ke dewan makan

Gambar atas kanan : "Isolation", sel di Blok D ialah sel yang terpencil dikhaskan untuk banduan yang mempunyai kes jenayah berat dan menghadapi hukuman berat,seksaan mental dan fizikal

Gambar atas kiri : Salah satu lagi sel yang masih terdapat tandas dan sinki yang masih kukuh pembuatannya
Perpustakaan
Kedua-dua gambar di atas : Sel-sel ini terletak di bahagian Blok D. Blok D terkenal sebagai sel pengasihan.Banduan yang dijatuhi hukuman teruk diletakkan di sini berbeza dengan banduan di blok yang lain.Boleh dikatakan mereka yang tinggal di sini telah menjalani hukuman dari segi mental dan fizikal gara-gara sel yang begitu terasing dengan sel dari blok lain
Gambar kiri : Gambar pegawai penjara yang bertugas semasa rusuhan dan gambar banduan yang menjadi dalang utama terjadinya rusuhan teruk lagi berdarah

Gambar kanan : Taktik dan cara yang dilakukan oleh banduan yang bernama Bernarnd Paul Coy untuk melapangkan jeriji besi dengan tujuan untuk melepaskan diri
Gambar atas : Salah satu sejarah atau cerita di sebalik rusuhan. Pengawal penjara yang bernama William A. Miller telah menyorokkan kunci pintu keluar ke kawasan rekreasi yang sepatutnya disimpan di "Gun Gallery" bagi mengelakkan usaha jahat banduan/perusuh yang mahu keluar dari penjara itu

Gambar bawah : Tempat tinggi (tingkat 2) yang memudahkan pengawal bersenjata meronda dan memantau keadaan kerana pandangan yang jelas dari tingkat atas ke seluruh sudut sel di dalam bangunan penjara utama ini.Di sini juga tempat penyimpanan senjata dan pelbagai kunci bilik serta pintu
Gambar atas : Pegawai William A. Miller yang mati ketika rusuhan di dalam penjara.Para banduan merusuh dalam misi untuk membebaskan diri keluar dari penjara

Gambar bawah : Alat pendengaran memberi tajuk "Riot" dan memberi cerita kepada kami tentang rusuhan yang berlaku.Di tempat saya berdiri (seperti gambar di atas) ialah tempat yang sama di mana pegawai William A. Miller mati ditembak
Kedua- dua gambar di atas : Saya berdiri (seperti gambar di atas) ialah tempat yang sama di mana pegawai William A. Miller mati ditembak
Gambar atas dan bawah : (Gambar bumbung dan lantai) - Kesan jatuhnya bom tangan yang dilemparkan oleh tentera semasa kejadian rusuhan di dalam penjara utama
Gambar atas kiri : Di sebelah kanan pintu ke Blok D ini ialah laluan atau pintu untuk keluar ke kawasan rekreasi

Gambar atas kanan : Sel di dalam penjara

Gambar bawah kiri : Contoh barangan milik banduan yang ada di dalam sel

Gambar bawah kanan : Satu lagi gambar yang di ambil dari sudut berbeza.Anda dapat melihat keseluruhan tiga tingkat sel yang terdapat di dalam bangunan penjara utama ini
Gambar kiri : Tingkap kecil yang boleh melihat bandaraya San Francisco

Gambar atas kanan : Tempat lawatan untuk bertemu dengan banduan.Saya berdiri dari bahagian banduan

Gambar bawah kanan : Tingkap kecil yang yang sudah kotor cerminnya ini dapat melihat bandaraya San Francisco
Gambar kanan : Undang - undang untuk melawat banduan

Gambar atas kanan : Gambar/Poster lama - Pelawat yang sedang berbual dengan banduan

Gambar bawah kanan : Tempat melawat banduan (Saya berdiri dari bahagian pelawat)
Gambar atas : Koridor serbaguna yang panjang ini terletak di belakang semua sel-sel penjara. Laluan kosong yang tidak dibuat pemantauan ini adalah salah satu kelemahan utama dalam ciri-ciri keselamatan kerana itulah tiga orang banduan pernah cuba untuk melepaskan diri

Gambar bawah : Berdiri di antara dua blok di dalam penjara utama
Kesemua gambar di atas : Pejabat pengawal penjara
Gambar atas : Pengawal Penjara

Gambar bawah : Pejabat Warden
Gambar atas kiri : Gudang senjata

Gambar bawah kiri : Antara alatan yang digunakan oleh pegawai penjara

Gambar bawha kanan : Pintu masuk ke pejabat warden

Nanti ALCATRAZ bahagian terakhir selepas ini.

4 comments:

  1. Great BLOG as always. Thanks for sharing Dik Sherry. Hugs * Miss u all

    ReplyDelete
  2. Bee Bee :Terima kasih AchiMas, saya lakukan yang mana termampu khas untuk mereka yang tak pernah pergi ke tempat yang saya pernah pergi.Dengan adanya blog,seolah2 saya 'membawa' mereka bersama.Hanya kongsikan gambar dan cerita saja :)

    ReplyDelete
  3. Al Capone ..... Rest In Peace the legend

    ReplyDelete