Sunday, 18 November 2012

ALCATRAZ (Bahagian 2)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Hujung Minggu

Bangunan ini dibina pada tahun 1910 dan dijadikan sebagai kedai runcit  menjual makanan dan keperluan harian untuk tentera dan ahli keluarga. Selepas penjara persekutuan mengambil alih, bangunan ini digunakan sebagai dewan rekreasi dan kelab pegawai yang di dalamnya terdapat lantai menari, gimnasium, dua lorong boling dan "soda fountain"(mesin/bekas menyimpan minuman berkarbonat seperti yang terdapat di restoran makanan segera)
Salah satu apartmen di Alcatraz
Gambar satu,dua dan tiga dari atas : Pondok pengawal ini berfungsi sebagai garisan pertama atau benteng pertahanan terhadap serangan pihak musuh.Jambatan kayu dengan menjangkau kedalaman 15 kaki diperlukan untuk sampai ke pondok pengawal.Para tentera memasuki kubu melalui pondok pengawal dan diperkukuhkan lagi dengan Sally Port sebagai perisai.
Bilik penyimpanan senjata api bawah tanah pernah dijadikan sel penjara semasa "Civil War" dan menempatkan antara banduan pertama di Pulau Alcatraz

Gambar paling bawah : Building 64 -
Bangunan bernombor 64 ialah bangunan pertama yang dibina di dalam Pulau Alcatraz.Ia dijadikan berek pengawal tentera ketika pulau ini masih dijadikan penjara tentera.Selepas itu, apabila penjara persekutuan mengambil alih, bangunan 64 ini dijadikan rumah pangsapuri. Di sini tempat tinggal bagi tentera,pegawai penjara serta keluarga mereka
Bengkel lama
Water Tower :  Menara atau tangki air di Alcatraz berfungi untuk menyimpan bekalan air bagi kegunaan harian yang di import dari tanah besar. Semasa gambar ini diambil, ianya dalam proses pemulihan dan membaik pulih bagi tujuan mengekal dan memperkukuhkan lagi khazanah bersejarah ini

Bilik Mayat
Pintu masuk ke Penjara Utama (Main Prison)
Gambar atas kiri : Kesemua pengunjung telah diberikan panduan alat mendengar yang mempunyai beberapa pilihan bahasa.Untuk mendapatkan maklumat yang tepat,pengunjung harus mengikut arah laluan yang sama seperti arahan yang diberikan di dalam panduan tersebut

Gambar atas kanan : Blok A yang diberi nama Michigan Avenue digunakan sebagai benteng semasa era penjara tentera.Ketika penjara persekutuan mengambil alih Alcatraz, Blok A tidak digunakan sebaliknya banduan diletakkan di Blok B, C dan D

Gambar bawah kiri : Dari Blok A, kami membelok ke kanan melalui CUT OFF (lorong pintas)untuk menuju ke blok sebelah.Lorong memotong pintas ini memang sedia ada bagi memudahkan pengawal ketika bekerja

Beberapa lagi poster lama yang saya rakamkan dengan kamera
Gambar atas : Poster gambar Blok A

Gambar tengah : Pegawai penjara

Gambar bawah : Antara banduan yang terkenal di penjara ini
Contoh sel yang pernah digunakan oleh banduan
Gambar atas kiri : Salah sebuah sel

Gambar atas kanan : Buku mengenai Institusi Undang-Undang dan Peraturan diletakkan di dalam sebuah sel

Gambar bawah kiri : "Broadway" bermaksud koridor utama di dalam bangunan penjara ini. Di sebelah papan tanda "Broadway" terdapat sebuah alatan yang disimpankan di dalam almari kaca.Clutch yang hanya digunakan oleh pegawai penjara itu berfungsi untuk membuka pintu sel

Gambar bawah kanan : Selesai makan,para banduan harus meletakkan barangan logam seperti sudu, garfu atau pisau di atas meja untuk dikira jumlahnya.Selain daripada pemeriksaan keselamatan itu, "Metal Detector" (alat pengesan logam) juga turut diletakkan di hadapan pintu masuk utama ke dewan makan
Gambar atas : Poster lama menunjukkan kawasan rekreasi untuk para banduan serta peralatan sukan yang mereka gunakan

Gambar bawah : Kami berada di kawasan rekreasi/riadah tempat yang sama seperti di dalam poster yang saya rakamkan sebelum ini
Gambar atas : Angin teramat kuat tidak mematahkan semangat saya untuk keluar dan berdiri di atas kawasan rekreasi dan berlatar belakangkan bangunan penjara utama

Gambar tengah : Dari kawasan rekreasi, dapat dilihat pemandangan bandaraya San Francisco

Gambar bawah : Kawasan rekreasi
Gambar atas kiri : Pemandangan semasa berada di kawasan rekreasi

Gambar atas kanan :Kelihatan juga menara/ tangki air

Gambar bawah kiri : Pemandangan bandaraya San Francisco

Gambar bawah kanan : Laluan dari kawasan rekreasi menuju semula ke pintu masuk bangunan penjara utama (main prison)

Baru selesai dua bahagian bersamaan separuh dari lawatan saya di Alcatraz.Bahagian 3 bakal menyusul selepas ini.


2 comments:

  1. A very cold, sordid & depressing island :(
    A mentally draining ordeal to be housed here :(

    ReplyDelete
  2. Pilotz : Sedih bila dapat tahu hukuman yg menghukum mental dan fizikal bagi para banduan :(

    ReplyDelete