Friday 3 May 2013

Berjumpa Dengan Bekas Rakan Sekerja

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Penerbangan dari Singapura ke Kuala Lumpur pada kali ini merupakan penerbangan ketiga yang saya naiki dalam tempoh empat tahun selepas saya meletakkan jawatan sebagai pramugari dengan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) pada tahun 2009.
Gembira bukan kepalang kerana dapat berjumpa dengan tiga orang bekas rakan sekerja dalam satu masa.

MH608 Singapura ke Kuala Lumpur


Bersama dengan pramugara Azizul dan pramugari Vasukee

Azizul merupakan sahabat baik saya sejak dari tahun 2004 ketika kami sama -sama mengikuti latihan penerbangan di Malaysia Airlines Academy. Walaupun kami rapat, tetapi kepulangan saya ke Malaysia pada kali ini tidak saya khabarkan kepada beliau dan juga sahabat yang lain kerana tujuan sebenar hanyalah untuk pulang ke kampung melawat keluarga sahaja.
Inilah buktinya yang menunjukkan beliau adalah salah seorang sahabat baik saya. Menghadiri majlis pertunangan saya pada tahun 2008, menjadi pengapit ketika majlis perkahwinan saya pada tahun 2009 dan tidak lupa juga ketika beliau bertugas terbang ke Australia, kami tetap berjumpa dan berpeluang membawa beliau bersiar - siar di sekitar Perth dan Melbourne.


Saya bersama suami dan Azizul

Saya dan Azizul pernah bertugas bersama dalam penerbangan domestik dan antarabangsa iatu ke New Delhi, India, malangnya saya tidak dapat kongsikan gambar di sini kerana tidak ingat di mana saya menyimpannya .

Pembantu juruterbang dalam penerbangan MH608 ialah Khairizuan. Beliau pernah menjawat jawatan pramugara beberapa tahun sebelum beralih kerjaya. Saya, Azizul dan Khairizuan di dalam satu kumpulan yang sama ketika menyertai latihan di Malaysia Airlines Academy.

Gambar atas kiri : Gambar terbaru kami bertiga

Gambar bawah kiri : Saya dan Azizul menghadiri majlis perkahwinan Khairizuan di Ipoh pada tahun 2005. Manakala ketika majlis perkahwinan saya pada tahun 2009, Khairizuan turut hadir bersama keluarga beliau.

Gambar atas kanan : Saya dan Khairizuan ketika Hari Graduasi

Gambar bawah kanan : Gambar saya, Khairizuan dan Azizul semasa Hari Graduasi di Malaysia Airlines Academy

Semasa saya berjalan masuk ke dalam kabin pesawat, pramugari Vasukee yang menegur saya terlebih dahulu. Saya pula yang terkejut kerana beliau masih ingat akan saya walaupun saya sudah bertukar imej. Dahulu kami selalu pergi dan pulang kerja bersama - sama (masing - masing tinggal di Puchong). Manakala pada pertengahan tahun 2009, saya dan Vasukee bertugas dalam "trip" yang agak panjang iaitu hampir dua minggu ke Istanbul dan Dubai.

Saya dan Vasukee semasa di Istanbul, Turki

Saya dan Vasukee semasa di Dubai, Emiriah Arab Bersatu

Walaupun waktu penerbangan agak singkat, saya tetap mencuri peluang bergambar dengan mereka. Kenangan dapat berjumpa dengan rakan sekerja di dalam penerbangan MAS  tidak mungkin akan saya lupakan. :-)

No comments:

Post a Comment