Tuesday 28 May 2013

Restoran Islam Food di HONG KONG (Cawangan Pertama)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Jika kecenderungan saya datang ke Hong Kong ialah untuk membeli belah, berbeza pula dengan suami saya yang gemar menikmati makanan Cina Muslim setiap kali datang ke sini.

Menaiki bas dua tingkat untuk makan malam di Kowloon City

Restoran Islam Food merupakan salah sebuah restoran halal yang begitu terkenal di Hong Kong. Perniagaan ini sudah bermula sejak dari tahun 1950.

Menu yang sudah siap diletakkan di atas setiap meja

Senarai hidangan yang ditawarkan di Islam Food

Gambar atas dan tengah : Menu bergambar

Gambar bawah : Minuman alkohol tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam restoran ini

Oleh kerana hujan turun dengan lebat dan cuaca sedikit dingin, tiga jenis hidangan pembuka selera ini memang sesuai kami nikmati. Tiga menu di atas ialah Hot and Sour Soup, Wonton Soup dan Veal Goulas (Juicy Beef Cake).
Sweet Sour Fish dan Deep Fried Squid With Hot Pepper And Salt ialah menu kegemaran suami saya


Jika dilihat dari dalam gambar, hidangan yang dipesan nampak sedikit tetapi sebenarnya ia cukup membuatkan kami kenyang
Gambar atas : Suasana di dalam restoran yang penuh dengan pelanggan

Gambar tengah dan bawah : Selain diletakkan ayat suci Al Quran, pihak restoran turut menampal gambar - gambar pelanggan popular yang pernah menikmati hidangan di sini. Pemuda yang memakai baju berwarna oren itu ialah pelakon terkenal Hong Kong.

Di luar restoran masih terdapat ramai pelanggan yang menunggu giliran untuk masuk dan ada juga yang sedang menunggu makanan siap untuk dibawa pulang (take away). Peta menunjukkan arah ke cawangan kedua restoran Islam Food turut ditampal di hadapan pintu masuk.


Islam Food

1 Lung Kong Rd, Kowloon City, Hong Kong 

+852 2382 2822 

 Sila layari laman sesawang Islam Food untuk maklumat lanjut dan anda boleh membaca sejarah bagaimana perniagaan ini bermula sejak dari tahun 1950 lagi.

www.islamfood.com.hk


2 comments:

  1. Suriati Jamalludin : Lebih senang naik teksi. Masalah dengan pemandu teksi ialah mereka tak tahu membaca dalam bahasa Inggeris. Ambil alamat seperti di atas, tuliskan dalam kertas dan serahkan kepada petugas hotel. Kena minta tolong petugas hotel untuk berbual dengan pemandu teksi.

    ReplyDelete