Sunday 26 May 2013

Avenue Of Comic Stars, HONG KONG

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Hujung Minggu

Bagi peminat komik dan kartun, jangan lepaskan peluang untuk datang ke satu lagi tempat baru tarikan pelancong iaitu Avenue Of Comic Stars di Kowloon Park yang telah dibuka pada bulan September 2012.
Peta untuk datang ke Kowloon Park. Gambar sumber dari laman sesawang Kowloon Park Leisure And Cultural Services Department.


Pintu masuk ke Kowloon Park di Nathan Road yang terletak bersebelahan dengan Park Lane Shopper's Boulevard


Gambar atas : Tangga untuk naik ke Kowloon Park dari pintu masuk di Nathan Road

Gambar tengah : Kowloon Park dibuka setiap hari dari jam 5.00 pagi hingga ke 12.00 tengah malam dan perkhidmatan wifi percuma turut terdapat di sini. Satu lagi papan tanda yang digantung di hadapan pintu masuk ialah peta keseluruhan Kowloon Park untuk rujukan para pengunjung.

Taman rekreasi di Kowloon Park. Terdapat papan tanda amaran supaya tidak memberi makanan kepada burung merpati yang ada di sekitar kawasan taman ini.

Gambar atas : Bangunan - bangunan di sekitar Tsim Sha Tsui yang dapat dilihat dari taman rekreasi

Gambar bawah : Kolam renang di Kowloon Park
 
Pengunjung boleh bergambar dengan pelbagai karakter kartun atau komik kegemaran masing - masing



4 comments:

  1. Salaam, lupa pulak nak wish semalam. wish happy birthday kepada adinda azle. didoa kan sihat, diberkati umur, limpah rezeki, bertambah2 ilmu dan amal. sama birthday dgn mak ngah kan....

    ReplyDelete
  2. salam sis...sha ada benda nk tanya pasal perth...boleh x sis email kat sha.. mizkaseh@yahoo.com tq sis :)

    ReplyDelete
  3. sazsaz : Terima kasih Cik Yan. Ye,kami berdua pun ingat yang birthday Mak Ngah sama dengan Azly. Sampaikan ucapan Selamat Hari Ulangtahun untuk Mak Ngah.Semoga panjang umur dan sentiasa dalam keadaan kesihatan yang baik.Kirim salam Mak Ngah ye.

    ReplyDelete
  4. MizSha : Kita jumpa di email ye :)

    ReplyDelete