Friday 31 May 2013

Pasar Malam di HONG KONG

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Apabila berada di Hong Kong, lawatan tidak lengkap sekiranya tidak berkunjung ke pasar malam. Lembaga Pelancongan Hong Kong (Hong Kong Tourism Board) juga telah menyenaraikan pasar malam sebagai salah satu tempat tarikan pelancong yang perlu dilawati.

Baik dari segi pakaian, cenderahati, beg tangan, kasut, batu jed, aksesori wanita semuanya terdapat di pasar malam ini. Dua daripada beberapa pasar malam yang terkenal di Hong Kong ialah Ladies Market dan Temple Street Night Market.Tidak banyak gambar yang dapat saya kongsikan di sini kerana cuaca tidak mengizinkan. Hujan yang turun adakalanya lebat, dan adakalanya renyai membuatkan saya tidak mahu mengeluarkan kamera.

Ladies Market antara pasar malam yang paling popular. Pelancong boleh menggunakan MTR dan turun di stesen Mong Kok keluar di Exit E2. Jika menggunakan bas (nombor bas 1, 1A, 2, 6 atau 9) dari Tsim Sha Tsui Star Ferry Pier, turun di stesen Nelson Street.

 Panjang deretan gerai - gerai di Ladies Market ini dianggarkan lebih kurang 1 kilometer

Temple Street Night Market

Untuk datang ke Temple Street Night Market, anda boleh menaiki MTR dan turun di stesen Yau Ma Tei keluar di  Exit C kemudian dari Man Ming Lane, belok ke Temple Street

Selain itu, anda boleh menggunakan MTR turun di stesen Jordan keluar di Exit A dan jalan beberapa minit di Jordan Road sebelum membelok ke Temple Street.



Ketika pertama kali datang ke sini 5 - 6 tahun yang lalu, saya terkejut apabila melihat berpuluh - puluh pondok menilik nasib. Melihat gelagat mereka yang terlalu bergantung kepada si penilik nasib dalam meramalkan masa hadapan mereka membuatkan saya ketawa.

Pasar malam yang saya sebutkan di atas dibuka setiap hari kecuali pada Tahun Baru Cina.

Jika anda berada di sekitar Nathan Road terutamanya di Victoria Harbour, Avenue Of Stars atau Kowloon Masjid dan mahu ke pasar malam yang saya sebutkan di atas, saya mencadangkan agar anda berjalan kaki sahaja. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 40 - 45 minit tidak meletih atau membosankan kerana di sepanjang Nathan Road di penuhi dengan deretan kedai dan pusat membeli belah.

4 comments:

  1. BARANG2 KAT SINI PUN BOLEH TAHAN JUGAK KAN?

    ReplyDelete
  2. Amanda Suria : Boleh tahan jugak la, yang penting kena pandai buat survey dengan kedai-kedai lain dulu dan kena tawar menawar. Saya cuma beli skarf je kat pasar malam ni,itu pun tak tawar pun sebab dah murah sgt. :)

    ReplyDelete
  3. Hi..saya akan ke Hong Kong jumaat ni 25/10/2013-28/10/2013.Artikel di atas memang sangat berguna.terutama tentang bas ke Ladies Street. terima kasih :)

    ReplyDelete
  4. Anonymous : Selamat berangkat ke Hong Kong. Bergembiralah di sana ya. :)

    ReplyDelete