Thursday 2 May 2013

Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, SINGAPURA

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Lapangan Terbang Antarabangsa Changi Singapura atau Changi Airport telah sedia maklum sangat terkenal di mata dunia kerana kesibukannya.
Sehingga Mac 2012, Lapangan Terbang Changi telah berkhidmat kepada lebih daripada 100 syarikat penerbangan yang beroperasi sebanyak 6,100 penerbangan seminggu yang menghubungkan Singapura kepada lebih 220 bandar di 60 buah negara dan wilayah di seluruh dunia.
Ini menjadikan ia
lapangan terbang ketujuh paling sibuk dengan penumpang antarabangsa di dunia dan tersibuk kedua di Asia.
Baru - baru ini
Lapangan Terbang Changi Singapura sekali lagi telah dinobatkan sebagai Lapangan Terbang Terbaik Dunia. Ini adalah kali keempat Lapangan Terbang Changi meraih anugerah ini.

Gambar atas : Menara kawalan lalu lintas udara di Changi Airport dapat dilihat dari Terminal 2

Gambar bawah : Kepada penumpang Singapore Airlines kelas pertama dan suites, mereka bakal menerima layanan istimewa sebaik sahaja tiba di Changi Airport

Gambar atas : Maklumat berguna mengenai Changi Airport untuk para penumpang

Gambar bawah : Klinik juga turut terdapat di dalam terminal

Papan tanda menunjukkan arah pintu perlepasan


Bersesuaian dengan bunga Orkid yang melambangkan bunga kebangsaan bagi Singapura, Taman Orkid (Orchid Garden) diletakkan di tengah - tengah bangunan terminal

Arah untuk ke kaunter imigresen dan dewan ketibaan

Kepada mereka yang bakal transit di sini, anda tidak perlu risau kerana Changi Airport menyediakan perkhidmatan internet secara percuma samada berkomputer ataupun tanpa wayar (wifi). Saya pernah transit di Changi Airport selama hampir separuh hari dan suka saya katakan, waktu transit tidak membosankan kerana saya menghabiskan waktu berjalan - jalan di dua buah terminal (Changi Airport mempunyai 3 buah terminal dan kesemuanya terdapat kemudahan surau).
Para penumpang boleh menggunakan perkhidmatan monorel (percuma) untuk ke terminal yang lain.
Untuk maklumat lanjut sila layari laman sesawang Changi Airport.

www.changiairport.com

No comments:

Post a Comment