Thursday 24 October 2013

Ballarat, Victoria

Ballarat adalah sebuah bandar yang terletak di negeri Victoria, Australia dengan jarak lebih kurang 105 kilometer (65 batu) dari ibu negeri Victoria iaitu Melbourne. 


Ballarat sangat terkenal kerana hasil perlombongan emas. Emas telah ditemui di Poverty Point pada tahun 1851 oleh John Dunlop dan James Regan. Tahun berikutnya terdapat kira-kira 20,000 pengorek (sebilangan pekerja lombong adalah mereka yang berbangsa Cina) datang untuk mengorek emas di Ballarat Goldfields yang menjadikan pertambahan bilangan penduduk begitu mendadak sekaligus Ballarat telah diisytiharkan sebuah pekan pada tahun 1852. Pekan Ballarat telah dinaik taraf secara berperingkat sehingga menjadi bandar pada tahun 1870.

Gambar-gambar di bawah adalah gabungan daripada beberapa kali kunjungan saya dan suami ke Ballarat yang biasanya kami hanya singgah sebentar sebelum meneruskan perjalanan ke Australia Selatan.












Menara Carillon (Carillon Tower) adalah tugu interaktif yang telah didirikan bersebelahan dengan Ballarat City Hall. Menara ini telah dibina untuk mempamerkan Carillon (alat muzik yang dibuat daripada loceng) . 
Pintu gerbang The Avenue Of Honour
Ballarat pada awal pagi.
Kabus yang tebal di awal pagi di Ballarat selepas melalui pintu gerbang The Avenue Of Honour.


No comments:

Post a Comment