Saturday 19 October 2013

Jemputan Makan Malam Di Restoran Thai Treats

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Encik Masood Sheriff, pemilik restoran Thai Treats telah menghubungi saya beberapa bulan yang lalu sebaik sahaja beliau membuka perniagaan ini dengan tujuan meminta saya membantu beliau mempromosikan restoran Thai Treats di laman sesawang Halal Melbourne yang saya kendalikan sendiri sekaligus menjemput saya untuk datang menikmati makan malam di restoran Thai Treats.
www.halalmelbourne.com.au

Saya berjanji dengan Encik Masood Sheriff bahawa saya akan datang dan menerima jemputan beliau apabila saya berada di Melbourne.
Sebaik sahaja pulang ke Melbourne beberapa minggu lalu, saya dan suami telah ke Restoran Thai Treats yang terletak di Brunswick (lebih kurang 6 kilometer dari bandar Melbourne, Australia).

Kami tiba sekitar jam 5.15 petang dan pada ketika itu restoran masih sunyi tanpa pelanggan.

Gambar atas : Kelihatan di dalam gambar ialah Ahmed, salah seorang pembantu restoran.

Gambar bawah : Dekorasi yang unik.

Kami dilayan dengan baik oleh pembantu restoran iaitu Zakeeya, Ahmed dan seorang lagi pelayan. Tukang masak untuk restoran ini bernama Janthachat yang telah diterbangkan oleh Encik Masood dari Thailand bersama isteri beliau iaitu Zakeeya. Pasangan suami isteri Janthachat dan Zakeeya yang beragama Islam ini masing-masing berasal dari Songkla dan Bangkok.

Restoran sudah mula dikunjungi oleh pelanggan.

Menu.

Menu.

Anda boleh layari laman sesawang Thai Treats dan facebook bagi mendapatkan maklumat lanjut serta boleh memesan makanan secara online melalui laman sesawang Menulog.

Pelanggan dihidangkan dengan teh panas (green tea) sementara menunggu makanan siap dimasak.

Antara hidangan yang saya dan suami nikmati ialah Tom Yam, Pad Thai dan Nasi Goreng Nenas.

Gambar atas :  Khai Pad Himmapan (ayam yang digoreng dengan cili kering, bawang dan kacang cashew).

Gambar bawah : Tauhu Kata- Ron ( Campuran tauhu, sayuran, sotong, udang yang dimasak di atas pinggan panas).

Hidangan makan malam yang sungguh sedap kami nikmati pada hari tersebut.

Walaupun Encik Masood Sheriff sudah mengetahui dengan lebih awal tentang kehadiran saya dan suami ke restoran Thai Treats tetapi rezeki tidak menyebelahi kami untuk berjumpa kerana beliau mempunyai urusan lain. Pembantu restoran iaitu Ahmed, telah cuba menelefon Encik Masood Sheriff semata-mata mahu kami berbual dengan majikannya tetapi talian tidak sampai kepada kami. Encik Masood Sheriff memberitahu saya melalui e mel bahawa beliau tiba sebaik sahaja kami meninggalkan restoran.
Saya juga tidak berpeluang untuk bergambar dengan Zakeeya, Ahmed mahupun Janthachat kerana mereka terlalu sibuk di dapur dan melayan pelanggan yang tidak putus-putus datang berkunjung.

Saya sungguh berbesar hati dan tidak menyangka kerana usaha saya dalam mengetengahkan senarai restoran halal di Melbourne sedikit sebanyak telah mendapat perhatian dari salah sebuah restoran iaitu Thai Treats. Sokongan dan kerjasama dari suami dan dua orang teman rapat yang membantu saya memulakan laman sesawang Halal Melbourne pada dua tahun lalu adalah amat saya hargai.

Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada Encik Masood Sheriff kerana telah menyediakan makan malam secara percuma kepada saya dan suami.
InsyaAllah saya pasti akan kembali ke restoran Thai Treats untuk menjamu selera dengan pelbagai lagi pilihan makanan yang sungguh menyelerakan.

Thai Treats
669, Sydney Road,
Brunswick 3056,
Victoria
Australia

www.thaitreats.com.au
http://www.facebook.com/ThaiTreats

No comments:

Post a Comment