Wednesday 2 October 2013

Uniknya Macca's Di Australia

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Salah satu keistimewaan tentang Australia ialah rakyat di negara ini suka menukar sesuatu perkataan asal kepada nama singkatan atau nama samaran. Dalam erti kata lain, mereka mempunyai bahasa pasar yang tersendiri.

Satu contoh yang boleh saya ceritakan di sini ialah perkataan McDonald's. Sejak dari dulu lagi nama samaran bagi McDonald's di Australia ialah Macca's. Samada iklan di surat khabar atau di televisyen, perkataan Macca's yang akan dicetak dan disebut.




Gambar di atas dirakamkan semasa saya berdiri di hadapan sebuah restoran makanan segera McDonald's di Swanston Street, Melbourne Australia.
Sempena menyambut dan memberi penghormatan kepada Australia Day (Hari Kebangsaan), papan tanda McDonald's telah ditukarkan kepada Macca's dan hanya dipasang di tiga belas buah cawangan di seluruh negara dan tempuh pemasangannya bermula dari 8hb Januari sehingga 4hb Febuari 2013.

No comments:

Post a Comment