Assalamualaikum w.h.t dan Salam Hujung Minggu
Sekali lagi,topik kali ini masih berkisar mengenai makanan. :-)
Saya sebenarnya sudah tahu lebih awal bahawa Chilli Padi Mamak Kopitiam bakal beroperasi beberapa bulan yang lalu ,tetapi baru-baru ini sahaja saya dan suami berkesempatan mengunjunginya.Chilli Padi Mamak Kopitiam terletak di 295,Racecourse Rd,Flemington.
Cara penulisan di dalam menu yang mencuit hati kerana menggunakan pelbagai bahasa.
Dekorasi yang mengingatkan saya seperti berada di tanahair.
Berikut ialah hidangan yang kami nikmati di Chilli Padi Kopitiam Mamak
Minuman - Teh C Peng ( Teh 3 Warna) dan Ais Sirap Selasih
Hidangan Pembuka Selera - Chicken Lobak.
Ini kali kedua saya mencuba chicken lobak,pertama kali di MyCube Cafe Lygon St.Ternyata chicken lobak memang sedap.
Hidangan Utama - Assam Fish Laksa ( Asam Laksa)
Sudah hampir dua tahun saya tidak menikmati asam laksa.Walaupun asam laksa ini tidak sesedap dan sehebat asam laksa di Midvalley Megamall ( KL),tetapi ianya cukup membuatkan saya berpuas hati.
Hidangan Utama : Hainanese Chicken Rice ( Nasi Ayam Hainan)
Kata orang,kalau tidak mencuba kita tidak tahu sedap atau tidak.Nasi ayam hainan ini agak menghampakan kami.
Kebaikan - Isi ayam yang padat tanpa tulang dan ayam serta nasi disiram dengan minyak bijan untuk menaikkan bau.
Kesilapan - Sup dan nasi yang tawar,sos soya/halia patut disertakan,bukannya dengan sos sweet chilli.
Antara lauk pauk yang kami pesan ialah ;
Soft Shell Crab
Soft shell crab amat popular bagi masyarakat Jepun,Memang sedap dan mudah untuk dimakan kerana kulitnya lembut,tetapi sos untuk hidangan ini sedikit masin.
Oyster Omelette
Tidak perlu komen panjang,telur dadar digoreng bersama tiram ini ternyata sedap.
Sotong Kangkung
Satu sahaja kesilapan di sini ialah tukang masak menggunakan kuah satay segera (instant) ,sepatutnya sotong kangkung ini ditabur dengan kacang tumbuk.
Salt & Pepper Prawn
Jika tidak salah,udang yang disajikan sebanyak 7-8 ekor.Memang sedap dan berbaloi apatah lagi udangnya besar dan segar.
Ini gambar kami sebelum menikmati hidangan yang penuh satu meja,...
dan gambar ini pula saat hampir kami selesai menjamu selera.
Di Australia,bukan semua restoran atau kafe halal mempamerkan sijil pengiktirafan halal untuk tatapan pelanggan.Ada yang diletakkan di dapur,di kaunter,di depan pintu masuk,dan ada pula yang langsung tidak dipamerkan tetapi pihak mereka akan memaklumkan terus kepada pelanggan.
Chilli Padi Mamak Kopitiam pula telah mempamerkan sijil halal di luar tingkap.
Chilli Padi Kopitiam Mamak menjalankan perniagaan di bangunan lama yang berusia ratusan tahun.(1837)
Apa yang dapat saya rumuskan di sini ialah, hidangan minuman dan makanan yang ditawarkan lebih banyak berbanding di Old Town Kopitiam Mamak di QV, Melbourne.
Yang pasti kami akan kembali ke sini untuk menjamu selera :-)
woot! asam laksa~ i like a lot. pedaih ta? :)
ReplyDeleteChiak Pa Boey? Ai Chiak Mai?
ReplyDeleteOwww teringat ingat Oh jien & Lobak hehehe
Boleh terasa lagi salt and pepper prawn tu semua hehehe
Nanti kita pergi kenduri ramai ramai kat kedai ni lagi =)
AppleByte : Tak pedas sgt,and masamnya tak kick sgt.Nenas nye gedabak2..heheh..Tapi ok lah,daripada takde.So ni kira dah puas hati sgt2 :)
ReplyDeletePilotz : Sebelum pergi ramai2,i think i pergi bedal dulu sorang2 ok? haahahahah ;)
Thanks for the review, so next time dah tau apa yang tak perlu diorder :) Dan banyak lagi menu yang perlu dicuba.
ReplyDelete~KC~
KC : My pleasure..Memang byk lagi menu yg perlu dicuba :)
ReplyDeleteAlone? I nak Folloowwwwwwwwwwwwwwww
ReplyDeleteslurppppppppppppppppppppppp mcm tak sabar nak pergi mkn....
ReplyDeleteSuka Makan
Suka Makan : kita pun tak sabar nak pergi lagi :)
ReplyDeletePilotz : ctt kejarrrrr
ReplyDeleteI wanna go again :) hehehe nak makan Oh Jien & Loh Bak :)
ReplyDeleteAtaih daon pisang lor~~ hihihih!!
ReplyDeleteAcab : yessszaaa...daun pisang kat oz sangat berharga ok..sebab sgt mahalllll :)
ReplyDeleteCAB, ada chicken tau kat sini :D
ReplyDeleteciken lobak telah menarik perhatian.. nyummy..
ReplyDeletemiss eyntan : chicken lobak sangat sedappppp!!:)
ReplyDeleteCek, Loh Bak memang sedap :) Unclee in SG pun selalu makan nye. Oyster egg pun power tau :) Telur goreng campur oyster :)
ReplyDelete