Friday, 1 April 2011

MYER 100 Tahun

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Jumaat

MYER adalah pusat atau gedung membeli belah yang sangat terkenal dan mempunyai rangkaian cawangan di seluruh Australia.
Saya telah mengambil kesempatan ini untuk melihat dengan lebih dekat lagi majlis keraian yang telah diadakan sempena sambutan ulangtahun yang ke 100 Myer,di Bourke Street Melbourne.

Khamis 31/3/2011
Majlis tertutup sempena ulangtahun Myer ini dihadiri oleh kalangan artis,model antarabangsa,pereka fesyen terkenal,selebriti,jaguh sukan dan ahli korporat.Pada lewat petang,orang ramai di luar gedung membeli belah Myer tidak berganjak kerana ini lah peluang untuk melihat kehadiran para tetamu yang berjalan di atas permaidani hitam.

Saya begitu teruja dan seronok apabila dapat melihat dan mengambil gambar mereka yang cukup terkenal yang biasanya hanya dapat dilihat di kaca televisyen serta majalah dan suratkhabar.Di sini saya sertakan beberapa gambar kesukaan yang saya tidak sangka dapat melihat mereka dari jarak yang dekat. :-)
Jennifer Hawkins,berasal dari Australia dan bekas Miss Universe 2004.Beliau kini aktif dalam bidang peragaan dan menjadi duta bagi gedung membeli belah Myer.
Kris Smith,suami kepada penyanyi Dannii Minogue,bekas pemain ragbi dan model terkenal.
Andrej Pejic,model antarabangsa yang penuh dengan kontroversi.
Guy Sabastian,juara Australian Idol 2003.Anak kelahiran Klang Malaysia yang sudah bermaustatin di Australia sejak tahun 1988.
Michael Klim, jaguh dunia dalam sukan renang hadir bersama isteri,Rama yang berasal dari Bali Indonesia.

Jumaat 01/04/2011
Pada jam 9 pagi,berlangsung pula upacara memotong riben sebagai simbolik kepada perasmian gedung membeli belah Myer yang berusia seratus tahun tetapi telah diberi wajah baru yang menelan belanja sekitar AUD3million.
Antara tetamu kehormat yang hadir ialah;
Duta Myer, Jennifer Hawkins
Bernie Brookes ,Ketua Pegawai Eksekutif Myer (sedang berucap)
Ted Baillieu, Menteri Besar Victoria (paling kanan)
Robert Doyle ,Datuk Bandar Melbourne(paling kiri)
Howard McDonald ,Pengerusi Myer (tiada dalam gambar)
Riben gergasi dipotong oleh Frank Spillane, sebagai penghormatan ke atas beliau yang telah berkhidmat dengan Myer Melbourne selama 43 tahun.

5 comments:

  1. My store Myerrrrr. Woah ni reporting for which agency? AFP/TV3/CHNL10? hehehe

    Esok ajak dorang kenduri at home k :P

    ReplyDelete
  2. brg Myers mahal dari Target.....hehheheheh



    Target customer

    ReplyDelete
  3. Pilotz : Ni dari channel20..heheheheh :)

    Anonymous : Myer murah skit dari David Jones..Target pun kdg2 ada yg mahal jgak.Kena tunggu sale baru mengancam :)

    ReplyDelete
  4. bestnye dpt tgk secara live, semoga nisah ade peluang kesana :) hehehe

    ReplyDelete
  5. Nisah : Tu lah,tak sangka dpt tgk org2 terkenal ni dpn mata je.InsyaAllah Nisah,satu hari nnt mungkin dpt dtg ke sini :D

    ReplyDelete