Saturday 2 April 2011

Siapa Adrej Pejic ?

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Hujung Minggu

Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda sedikit sebanyak tentang model antarabangsa terkenal dari Melbourne yang bernama Adrej Pejic.
 Saya dapat melihat Adrej buat pertama kali dari jarak dekat pada hari Khamis yang lepas di gedung membeli belah Myer,Melbourne.

-Adrej Pejic dilahirkan di Bosnia Herzegovina pada 28hb Ogos 1991.
-Bapa berasal dari Croatia dan ibunya berasal dari Serbia.
-Adrej sekeluarga lari dari Bosnia ke Serbia dua bulan sebelum perang meletus.
-Semasa berumur 9 tahun (2000),Adrej sekeluarga meninggalkan Serbia dan datang ke Melbourne,    Australia dengan berstatus pelarian.
-Beliau pernah bersekolah di Broadmeadow West Primary School, dan seterusnya ke University High School.
-2009,Andrej ditawarkan untuk menjadi model semasa beliau masih bekerja sambilan di McDonalds.


Apa kelebihan atau keistimewaan Adrej sehinggakan saya ingin bercerita di dalam Terjemahan Hati?
Sebaik Adrej menyertai agensi model Chadswick di Melbourne,beliau mengorak langkah ke pentas dunia.Ramai mengatakan tulang pipi Adrej seakan Cindy Crawford dan susuk tubuh seperti Kate Moss.

Pada awal tahun ini,semasa di Minggu Fesyen Paris,Adrej dengan cemerlang memperaga koleksi bagi himpunan Jean Paul Gaultier.
Di atas pentas sebagai peragawati semasa pertunjukan fesyen di Paris
Mengapa saya katakan cemerlang?
Kerana dalam masa yang sama,Adrej juga memperaga untuk rekaan Marc Jacobs dan Paul Smith seperti di bawah ini.
Koleksi dari Paul Smith
Apa yang anda lihat di atas? Adrej peragawati atau peragawan?
Di kalangan mereka yang mengenali Adrej, beliau tidak di gelar feminin, sebaliknya femiman!
Adrej buat masa ini berada di tangga nombor sebelas daripada kelompok lima puluh peragawan dunia.

Adrej yang berkebolehan memperaga pakaian wanita dan lelaki ini mengakui beliau tidak pernah membuat sebarang pembedahan kecantikan termasuklah menukar jantinanya.
Kata Adrej lagi,memperaga sebagai model lelaki atau wanita adalah kerja yang dilakukan secara profesional.Oleh kerana itulah beliau tidak suka digelar 'drag queen'.
Di atas pentas sebagai peragawan
Walaupun Adrej sedang di kemuncak dalam bidang ini,beliau masih menanam semangat untuk menyambung pelajaran satu hari nanti.


 Apa yang dapat dirumuskan di sini ialah,saya kagum dengan kebolehan Adrej yang boleh beraksi di depan lensa kamera dengan dua watak berbeza.

Sekian buat masa ini,jaga diri semua. :)

5 comments:

  1. oooo baru tau..thks for the info



    Model Wanita Asli.....hhehhe

    ReplyDelete
  2. Ni another case of kekeliruan jantina lah ni?

    ReplyDelete
  3. Anonymous : Takde masalah :)

    Pilotz : Ntah la,pegi tnya dia lah :D

    ReplyDelete
  4. Awesome!!!! just Awesome!!! :D

    ReplyDelete
  5. Acab : he did a good job :)

    ReplyDelete