Saturday 1 March 2014

Perbezaan Pengangkutan Awam Keretapi Di Bandar Perth Dan Melbourne

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Pengalaman tinggal di dua buah bandar iaitu Perth dan Melbourne membolehkan saya membezakan baik dan buruknya perkhidmatan pengangkutan awam di antara kedua-dua buah bandar ini.

Jika di Perth saya kerap menggunakan bas awam percuma iaitu CAT (Central Area Transit) manakala di Melbourne pula saya menggunakan trem samada yang percuma atau berbayar.
Bagi keretapi dalam bandar pula saya pernah menggunakannya sebanyak tiga kali masing-masing di Perth dan Melbourne.

Saya tidak mahu bercerita panjang lebar tentang baik dan buruk pengangkutan awam di Perth dan Melbourne dan jika diceritakan sekalipun, negatif nya memberatkan kepada Melbourne.
Satu perkara yang mahu saya tekankan di sini ialah tentang kebersihan. Jujur saya katakan bahawa bandar Melbourne adalah paling kotor di antara bandar-bandar lain di dalam Australia. Baik dari segi jalan raya, pengangkutan awam dan stesen keretapi. Gambar-gambar di bawah menjelaskan segalanya. 


PERTH






MELBOURNE







Untuk gambaran yang lebih terperinci, sila lihat gambar di bawah.

Gambar kiri : Lantai dan kerusi yang bersih di dalam keretapi Trans Perth.

Gambar kanan : Bukan sahaja kerusi yang kotor dan berconteng, malah lantainya kotor, busuk dan dipenuhi sampah sarap serta tumpahan air minuman.

Walaupun mutu pengangkutan awam dan standard yang kurang memuaskan bagi keretapi Metro di Melbourne, tetapi tidak dinafikan ia masih berjasa kepada mereka yang memerlukan perkhidmatan ini.


No comments:

Post a Comment