Friday 4 April 2014

Kapal Terbang Ilyushin IL-76 Di Royal Australian Air Force Base Pearce, Western Australia.

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Pengkalan Tentera Udara Diraja Australia Pearce (RAAF Base Pearce) terletak di daerah Bullsbrook, lebih kurang 42.5 km dari bandar Perth, Australia Barat. Ia bukan sahaja digunakan untuk latihan oleh RAAF malah untuk Republic of Singapore Air Force.

RAAF Base Pearce diberi nama sempena tanda penghargaan kepada Sir George Pearce yang telah berkhidmat sebagai Senator paling lama di dalam kerajaan Australia Barat.

Saya berpeluang mengambil gambar di sini walaupun dengan kawalan yang ketat. Gambar-gambar di bawah saya dirakamkan lebih kurang dua minggu yang lalu. Pada ketika itu hanya satu kapal terbang sahaja yang berada di pengkalan iaitu milik Tentera Udara China, Ilyushin IL-76.















No comments:

Post a Comment