Monday 14 April 2014

Percutian Ibu Di Perth, Australia Barat

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

14/4/14 (14 April 2014)
Barangkali ada di antara anda yang merasakan 14/4/14 tarikh yang nampak cantik. Saya sendiri begitu teruja kerana ia merupakan hari ulangtahun ibu saya yang ke 75. Sempena hari istimewa ini, saya akan berkongsi gambar-gambar yang belum pernah saya siarkan di dalam blog Terjemahan Hati iaitu percutian ibu saya ke Perth, Australia Barat beberapa tahun lalu.

Kedatangan ibu saya ke Perth pada bulan Ogos 2009 ditemani oleh saya sendiri amat bermakna kerana saya dan bakal suami serta keluarga mertua (pada waktu itu) dapat menunjukkan ibu saya tempat di mana anaknya (saya) akan berhijrah dan memulakan kehidupan baharu selepas berumahtangga (pada bulan September 2009).

Saya berhijrah ke Australia dan meninggalkan Malaysia pada bulan Oktober 2009. Penghijrahan ini adalah kerana mengikut suami yang merupakan warganegara Australia. Beliau lahir di Singapura tetapi dibesar, bersekolah dan bekerja di bumi Kangaroo ini.
Selepas beberapa tahun tinggal di Perth dan Melbourne, saya dan suami berpindah pula ke Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun Australia khususnya Perth dan Melbourne tetap menjadi rumah kami sampai bila-bila.

Gambar atas dan tengah : Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines MH125.

Gambar bawah : Melawat ke sebuah stesen radio di mana di sinilah Radio Melayu Perth ke udara setiap hari Sabtu malam. Berdiri dua dari kanan ialah wartawan dari Malaysia (untuk majalah Jelita) yang turut membuat liputan.
Gambar atas : Di South Perth

Gambar bawah : Di Mosmans Park. Salah sebuah perumahan terkaya di Australia.
Di bandar pelabuhan terkenal iaitu Fremantle.
Bandar Fremantle.

Pasar yang terkenal di Fremantle (Fremantle Market).

Gambar atas : Makan malam bersama keluarga angkat di Cicerello's, restoran terkenal di Fremantle.

Gambar bawah : Suami bersama ibu dan ibu mertua saya.

Bergambar di hadapan Wheel of Perth yang terletak berhampiran Bell Tower.

Caversham Wildlife Park.

Pada pagi itu, kangaroo nampaknya begitu mesra dan manja dengan ibu saya. Ketika ibu saya bergurau lalu berkata "Opah Datang Ni", terus kangaroo datang ke arah ibu dan meminta makanan.





Gambar atas kiri : London Court.

Gambar atas kanan : Ibu saya bergambar di hadapan bangunan pejabat pos besar Perth/General Post Office (GPO).

Gambar bawah kiri : Bangunan yang mempuyai jam di belakang ibu saya itu ialah Perth Town Hall.

Gambar bawah kanan : Di Hay Steet Mall.




Membeli belah di bandar Perth.
Lapangan Terbang Antarabangsa Perth.
Ibu saya pulang dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines B777.

Terima kasih kerana sudi singgah untuk melihat gambar-gambar yang saya kongsikan sempena hari ulangtahun ibu saya pada hari ini.


Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.



6 comments:

  1. Selamat hari jadi buat ibu awak..moga terus dikurniakan kesihatan..Insya Allah..

    Saya pun rindu Perth..rindu nak makan kat Kaili...rindu nak melepak lepak atas rumput di Kings Park...hihihih

    ReplyDelete
  2. Dr DZ : Terima kasih di atas doa dan ucapan. Amin, InsyaAllah. :)
    Saya pernah sekali je makan kat Kailis, itu pun 4-5 tahun lps. Tak suka la service very bad. Saya lebih suka Cicerellos dan Sweet Lips.
    Come again to Perth, Kings Park masih bersih macam dulu2, so boleh lagi kalau nak duduk or baring golek2. Hihi

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. bestnya mak jalan2 Aussie ✈️

    ReplyDelete