Tuesday 9 September 2014

Menambah Entri Mengenai Australia

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera.

Hampir lima tahun saya telah berkecimpung di dalam dunia blog yang 90% isi kandungan ceritanya mengenai kembara dan melancong. Walaupun kamera silih berganti dengan yang baru dan ianya wajib dibawa kemana-mana namun saya akui kesilapan saya pada tahun-tahun awal kerana jarang berkongsi cerita serta gambar mengenai dua buah negeri yang menjadi rumah saya selepas penghijrahan ke Australia pada tahun 2009 (Australia Barat dan Victoria) dan sebelum ke Amerika Syarikat.

Tidak kira di Amerika Syarikat atau di negara lain sekalipun saya berada, saya akan cuba mengisi waktu untuk membuat entri mengenai tempat-tempat menarik di Australia terutama sekali negeri Australia Barat yang tetap saya gelarkan sebagai 'Home Sweet Home'.

Apa istimewanya sehingga digelar 'Home Sweet Home?' Akan saya ceritakan tidak lama lagi.

Pemandangan bandar Perth yang dilihat dari sebelah selatan dan dipisahkan oleh Sungai Swan.

2 comments:

  1. agree..
    saya prefer WA berbanding lain2 kawasan di Australia :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dr DZ: Ada juga yang agree dan memahami apa yang saya maksudkan. Heheh. As much as i like Melbourne (tinggal dalam CBD), dan baru-baru ni mendapat tempat sebagai World's Most Liveable City, tapi saya tak suka hiruk pikuk kota yang bingit dibuatnya. Tambahan pula di Melbourne tu kotor dan banyak pencemaran.

      Delete