Tuesday 9 June 2015

Kesenian Gula-Gula Getah Di Gum Wall Seattle

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Gum Wall terletak berdekatan dengan Pike Place Market di Seattle, Washington merupakan salah satu lokasi tarikan pelancong. Gum Wall mengingatkan saya akan Hosier Lane di Melbourne, Australia cuma perbezaannya ialah Hosier Lane terkenal dengan graffiti (lukisan yang disembur dengan cat) manakala Gum Wall pula terkenal kerana gula-gula getah. Bagi pendapat saya dinding ini bukan kotor tidak bermakna, sebaliknya ia penuh dengan kesenian dan itulah persamaan yang terdapat di Hosier Lane dan juga Gum Wall.

Sebaik tiba di Gum Wall saya rasa lucu melihat gelagat para pengunjung kerana majoriti dari mereka datang sambil mengunyah gula-gula getah. Mereka teruja untuk meletakkannya di dinding ini sebagai tanda kenangan.

Gum Wall yang terletak di lorong kecil di antara dua buah bangunan lama mengingatkan saya akan persamaannya dengan Hosier Lane di Melbourne.


Kesenian gula-gula getah.


Gambar kiri : Saya tidak menyentuh gula-gula getah ini dan gambar tangan hanya sekadar isyarat.

Gambar kanan : "Can't Touch This" hasil dari gula-gula getah.


Gambar kiri : Tidak ada sudut yang tidak diletakkan gula-gula getah. Batang paip juga menjadi 'mangsa'.


Gambar kiri : Pelbagai kad perniagaaan turut dilekatkan di sini.

Gambar kanan : Salah satu bahagian di Gum Wall yang menjadi kegemaran saya.








Seperti gambar di atas anda boleh lihat gula-gula getah dilekatkan dari lantai sehingga ke atas bangunan.


Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.



2 comments:

  1. I never thought that this kind of place exist! Tak sangka plak! Tapi bile tgk balik, mcm Ewwwwwww! But unique!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zara AB : Yup, sekali pandang memang nampak kotor, sekali pandang nampak unik, dua kali pandang nampak menarik. Hehe :D

      Delete