Tuesday 2 June 2015

Ujian Penerbangan Dari Boeing Di Washington

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Salah satu sebab mengapa saya suka datang ke Seattle dan Everett ialah kerana dapat melihat ujian penerbang (test flight) yang dijalankan kerap setiap hari oleh Boeing. Melihat dengan lebih dekat kapal terbang baru dari kilang Boeing sebelum ia dihantar ke negara masing-masing merupakan satu bonus bagi saya.




Terbaru seperti gambar di atas, saya rakamkan gambar ujian penerbangan kapal terbang Hainan Airlines di Lapangan Terbang Everett, Washington, Amerika Syarikat. Kapal terbang ini bukan sahaja masih di dalam tempoh ujian malah proses mengecat badan kapal terbang belum selesai sepenuhnya.

Saya juga pernah melihat kapal terbang B737 milik Malaysia Airlines di dalam kilang Boeing dan sebelum warga dunia melihat Dreamliner B787, saya telah melihat dengan lebih dekat B787 milik All Nippon Airways, Air India, Jet Star dan Ethiopian Airlines tiga tahun lalu di sini.

Lawatan saya ke kilang Boeing di Washington pada tahun 2012 boleh anda ikuti di sini;
http://sharery.blogspot.com.au/2012/08/melawat-ke-kilang-kapal-terbang-boeing.html


Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.

2 comments:

  1. Bangga bila dapat lihat pesawat Boeing MAS berada di kilangnya. Saya merupakan pengikut blog puan sejak bertahun dahulu, cuma hari ini baru tergerak menitipkan komentar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ded1 : Terima kasih yang tak terhingga kerana sudi dan masih setia membaca blog saya. Semoga encik/puan akan terus mengikuti perkembangan blog saya pada masa akan datang. :)

      Delete