Wednesday 19 August 2015

Ibu Negeri Washington Di Amerika Syarikat

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Ramai yang sedia maklum bahawa negara Amerika Syarikat yang besar ini mempunyai 50 buah negeri. Setiap negeri yang saya dan suami lawati pasti kami tidak melepaskan peluang untuk singgah ke ibu negerinya di mana di situ terletak pusat pentadbiran kerajaan negeri. Lebih menarik perhatian kami ialah apabila melihat keunikan senibina bangunan-bangunan lama yang berusia ratusan tahun.

Kali ini saya berkongsi dengan anda gambar-gambar semasa saya melawat ke pusat pentadbiran kerajaan negeri yang juga ibu negeri kepada Washington iaitu Olympia.

Perjalanan dimulakan dari Seattle dan mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Saya dan suami tiba di Olympia pada awal pagi dan pejabat-pejabat kerajaan juga masih belum dibuka untuk urusan. Walaupun persekitaran masih sunyi tetapi pengawal keselamatan tetap menjalankan tugas menjaga kawasan.

Tempat meletakkan kenderaan bagi pelawat berhadapan dengan pusat maklumat pelancongan.

Gambar atas : Pusat maklumat pelancongan.

Gambar bawah : Beberapa buah rumah yang terletak di hadapan tempat meletak kenderaan. 

Sekitar kawasan persekitaran.

Sekitar kawasan persekitaran.

Dua buah tugu peringatan.

Bangunan pentadbiran kerajaan yang berusia 87 tahun ini dibuka untuk lawatan kepada orang awam (begitu juga bagi negeri-negeri lain). Oleh kerana saya dan suami mempunyai urusan lain maka kami tidak dapat menunggu untuk masuk mengikuti lawatan tersebut.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan terbaru saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.





No comments:

Post a Comment