Thursday 6 August 2015

Sakina Thai Cuisine Las Vegas (Halal)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Saya biasa mendengar ada yang mengatakan susah untuk mendapat makanan halal di Las Vegas dan pernah saya ternampak di akaun Instagram selebriti Malaysia yang datang bercuti merungut rindukan nasi di Las Vegas.

Melihat dan mendengar komen-komen sebegini membuatkan saya ketawa kerana jelas sekali mereka tidak membuat penyelidikan sebelum datang bercuti.

Selain mempunyai keluarga angkat di Las Vegas, salah satu sebab lain saya dan suami suka datang ke sini ialah terdapat banyak restoran halal malah terdapat juga masjid di mana suami pernah solat di situ.

Keluarga angkat saya tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan stok daging halal kerana di sini juga terdapat kedai runcit yang menjualnya.

Entri mengenai restoran halal di Las Vegas disiarkan secara berperingkat dan entri kali ini merupakan yang kedua.

Sakina Thai Cuisine
4251 West Sahara Avenue, 
Las Vegas, NV 89102
USA

Saya dan suami sangat berpuas hati menjamu selera di sini kerana makanannya enak belaka ditambah pula tukang masak yang berasal dari Thailand. Selain daripada itu layanan dari pelayan restoran juga sangat mesra. Kami datang bukan pada masa puncak oleh itu masa yang yang diambil untuk menunggu makanan siap dimasak adalah singkat.


Di hadapan restoran.

Di hadapan pintu masuk.

Gambar atas : Ruang makan untuk pelanggan pada hari biasa.

Gambar bawah : Ruang makan ini dikhaskan untuk acara tertutup sahaja.

Menu yang mempunyai beberapa muka surat.

Gambar kiri : Tom Yam.

|Gambar kanan : Gyoza Veggie (Inti sayuran).

Gambar kiri : Black Pepper Beef Broccoli (Daging masak lada hitam).

Gambar kanan : Cashew Nut Chicken  (Ayam masak bersama kacang gajus).

Gambar kiri : Nasi putih.

Gambar kanan : Keseluruhan hidangan yang saya dan suami nikmati.

Kecuali nasi putih, kesemua hidangan lain habis kami nikmati. 


Anda boleh membaca mengenai entri pertama mengenai restoran halal di Las Vegas di sini ;
Restoran Island Malaysian Cuisine
http://sharery.blogspot.com.au/2015/06/restoran-island-malaysian-cuisine-las.html


Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan terbaru saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.

No comments:

Post a Comment