Sunday 23 August 2015

Keistimewaan Bluff Di Utah, Amerika Syarikat

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Bluff yang terletak di daerah San Juan merupakan salah satu pekan terpencil di negeri Utah dengan populasi penduduk hanya beberapa ratus orang sahaja. Ia dikelilingi oleh tebing dan batu-batuan yang besar pelbagai bentuk. Disebabkan kedudukan dan lokasi Bluff terletak di antara tempat tarikan pelancongan yang lain, maka di sini masih terdapat beberapa tempat penginapan, stesen minyak, pejabat pos, kedai runcit dan kedai menjual cenderamata hasil tangan penduduk asli tempatan (American Indian). Sekiranya penduduk dan pelancong memerlukan perkhidmatan serta keperluan lain seperti pusat kesihatan, farmasi dan bank, mereka perlu memandu ke pekan yang berhampiran iaitu jarak dari Bluff untuk ke sana ialah lebih kurang 41 kilometer hingga 77 kilometer.

Simpang tiga sebelum masuk ke Bluff.

Gambar atas : Bluff, Utah.

Gambar bawah : Sebuah kedai yang sudah terbiar.

Stesen minyak, motel dan kedai runcit yang terdapat di Bluff. 

Twin Rocks Trading Post & Cafe terletak bersebelahan dengan salah satu ikon terkenal negeri Utah iaitu
 Navajo Twins / Twin Rocks. Selain mempunyai kafe, di sini turut menjual pelbagai kraftangan hasil penduduk asli tempatan (American Indian) seperti permaidani, hiasan rumah dan aksesori wanita.

Navajo Twins / Navajo Twin Rocks - Keunikan pembentukan semulajadi batu berkembar ini merupakan antara ikon bagi negeri Utah sekaligus menjadikan ia sebagai tempat wajib bagi pelancong untuk mengambil gambar.

Utah begitu kaya dengan kecantikan alam serta pembentukan semulajadi batu-batuan yang berusia ratusan hingga ribuan tahun lamanya. Sudah banyak kali saya dan suami datang ke Utah tetapi kami belum puas dan masih banyak lagi tempat menarik yang belum dilawati. Nantikan beberapa lagi entri mengenai Utah yang bakal saya siarkan tidak lama lagi.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan terbaru saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.


1 comment: