Thursday 25 August 2016

100 Tahun National Park Service Amerika Syarikat

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

National Park Service (NPS) menyambut hari ulangtahun yang ke 100 pada hari ini, 25 Ogos 2016. NPS ialah badan kerajaan yang bertanggungjawab menjaga dan memelihara Taman-Taman Negara. Terlalu banyak keindahan alam semulajadi serta peninggalan sejarah yang menakjubkan di negara ini.  Saya turut gembira dengan ulangtahun NPS kerana sepanjang tinggal di Amerika Syarikat, 11 Taman Negara yang didaftar di bawah NPS telah saya dan suami lawati malah ada di antaranya pernah kami ulangi lawatan buat kali kedua dan ketiga. Ada juga beberapa Taman Negara yang kerap kali kami lintas lalu di luar pintu masuk tetapi masa agak terhad untuk kami lawati. Di masa akan datang, lawatan kami ke Taman Negara Amerika Syarikat mungkin akan bertambah, InsyaAllah.


1.Mesa Verde, Colorado
2.Aztec Ruins, Mew Mexico
3.Lincoln Home, Illinois
4.Mount Rushmore, South Dakota
5.Golden Gate, California
6.Glen Canyon, Utah
7.Lake Mead, Nevada
8.Alcatraz Island, California
9.Jefferson, Missouri
10.Grand Canyon, Arizona
11.Oklahoma City, Oklahoma

Ikuti sebuah lagi klip video yang telah dimuat naik di laman Instagram saya, 'blog_th2010'.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. 

2 comments:

  1. sorry no 9 tu bukan arch st louis?

    ReplyDelete
  2. Nama gerbang ialah Gateway Arch. St Louis ialah nama bandar terletaknya Gateway Arch. Jefferson ialah nama Taman Negara tersebut atau nama penuhnya Jefferson National Expansion Memorial.

    Kesemua nama di atas saya ringkaskan mengikut seperti yang dinyatakan oleh laman web NPS. Lagipun kalau nak letak nama penuh semua terlalu panjang, begitu juga dengan nama tempat. Saya tak letakkan nama daerah tetapi hanya letakkan nama negeri.

    Harap penjelasan saya ini jelas untuk anda Supermeng Malaya.

    ReplyDelete