Tuesday 23 August 2016

Wyoming, Amerika Syarikat.

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Selepas bermalam di Rapid City dan keesokkan harinya melawat ke Tugu Peringatan Mount Rushmore, saya dan suami menyambung pemanduan menuju ke Billings, Montana. Artikel terdahulu boleh dibaca di sini;
http://sharery.blogspot.com.au/2016/08/mount-rushmore-south-dakota-bahagian-2.html

Jarak antara Rapid City dan Billings ialah kira-kira 602 kilometer dengan menggunakan lebuhraya I-90. Laluan dari negeri South Dakota ke Montana ini memerlukan kami menempuh ke sebuah negeri lain iaitu Wyoming. Kami singgah sebentar di Pusat Pelancongan Wyoming yang terletak 96 kilometer dari Rapid City dan 12 kilometer dari sempadan kedua buah negeri ini.

Di Amerika Utara, Welcome Center ialah tempat rehat merangkumi pusat pelancongan yang berlokasi berdekatan dengan sempadan sesebuah negeri atau daerah. Kebanyakan darinya mempunyai petugas yang sedia membantu dalam memberi maklumat kepada pelancong. Tidak dinafikan, Pusat Pelancongan Wyoming (berdekatan Beulah) antara yang terbaik pernah saya lawati. Sukar untuk saya huraikan perbezaan tempat rehat ini dengan yang lain, tetapi apa yang dapat dirumuskan ialah saya tertarik dengan hiasan dalaman serta pelbagai maklumat tentang pelancongan, sejarah dan geografi yang menampakkan seperti saya berada di dalam mini muzium. Bangunan yang terletak di atas bukit ini turut memberikan peluang kepada pelancong untuk melihat pemandangan sekitar dengan lebih jelas lagi.















































Wyoming pernah kami lawati beberapa tahun lalu dan berkesempatan singgah di ibu negerinya iaitu Cheyenne.
http://sharery.blogspot.com.au/2012/07/cheyenne-wyoming.html

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan terkini saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.


2 comments:

  1. Harap one day dapat pergi melancong seperti sis.. 😘😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf sangat-sangat sebab lambat reply. InsyaAllah saya doakan anda juga boleh pergi melancong :)

      Delete