Rapid City ialah bandar kedua terbesar dan ramai penduduk di negeri South Dakota selepas Sioux Falls. Artikel mengenai Sioux Falls boleh anda baca di sini;
http://sharery.blogspot.com.au/2016/06/sioux-falls-south-dakota-amerika.html
Rapid City sering menjadi tumpuan kerana lokasinya yang berdekatan dengan Tugu Peringatan Mount Rushmore.
Saya dan suami tiba di Rapid City pada lewat petang setelah seharian memandu dari Bismarck, North Dakota dan kemudian singgah di ibu negeri South Dakota iaitu Pierre.
http://sharery.blogspot.com.au/2016/07/pemanduan-dari-pierre-ke-rapid-city.html
Sebelum ini memang saya tidak pernah menceritakan tentang rutin pemakanan semasa melakukan kembara berkereta terutama sekali di Amerika Syarikat. Kebiasaanya setiap hari sebelum memulakan pemanduan yang panjang kami akan bersarapan di hotel manakala snek ringan seperti buah keropok, roti, biskut serta coklat untuk makan tengah hari di dalam kereta.
Sebab utama kami tidak menikmati makan tengah hari ialah ia akan menyebabkan waktu pemanduan kami bertambah panjang serta akan membuatkan kami mengantuk. Apabila tiba di sesuatu destinasi pada lewat petang atau malam, baharu kami akan menikmati makan malam di restoran. Pernah juga sesekali apabila terlalu penat, kami melangkau makan malam dan hanya mengisi perut yang lapar pada keesokkan hari. Rutin pemakanan ini akan berulang setiap hari sepanjang tempoh kembara samada ia memakan masa berminggu atau berbulan.
Di Rapid City kami singgah di restoran Applebee's untuk makan malam. Menu yang menjadi pilihan ialah udang mayonis, jejari keju dan salad.
Saya pernah ditanya soalan di manakah tempat penginapan saya dan suami sepanjang melakukan kembara. Untuk maklumat anda, setiap hari kami menginap di hotel. Oleh kerana suami saya ialah ahli dan pelanggan tetap hotel Hilton dan Marriott, maka kami akan bermalam di mana-mana rangkaian hotel tersebut. Sudah menjadi kebiasaan bagi saya untuk merakamkan gambar bilik hotel setiap kali selepas daftar masuk dilakukan. Selama ini gambar-gambar tersebut hanya disimpan sebagai koleksi peribadi dan kini saya rasakan sudah tiba masanya untuk saya kongsikan bersama para pembaca.
Marriott Fairfield Inn & Suites, Rapid City. |
Kami amat berpuas hati setiap kali mendapat bilik suite kerana bilik yang besar memudahkan kami untuk memuatkan beg yang banyak. |
Pagi keesokan harinya. Inilah jumlah bag pakaian kami sepanjang hampir 3 bulan mengembara. |
Mendapatkan sedikit maklumat dari penyambut tetamu hotel. |
Sarapan pagi percuma di hotel. |
Pelbagai pilihan makanan yang disediakan untuk sarapan pagi. |
Gambar-gambar di bawah ini dirakamkan di sekitar Rapid City. Ramai juga pembaca yang sudah sedia maklum bahawa saya memang gemar merakamkan gambar secara spontan dari dalam kereta. Papan tanda di tepi jalan atau lebuh raya sentiasa menarik perhatian saya kerana kebanyakannya bukan sahaja menghiburkan tetapi boleh menambah ilmu pengetahuan.
Bakal memasuki lebuh raya untuk meneruskan pemanduan merentasi dua buah negeri berikutnya. |
Sebelum meneruskan pemanduan yang panjang, kami sempat singgah di Tugu Peringatan Mount Rushmore. Nantikan artikel yang bakal disiarkan selepas ini.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan terkini saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.
No comments:
Post a Comment