Friday 6 July 2018

Hiasan Lampu Krismas Di Vancouver

Kebiasaannya hiasan serta lampu warna warni sempena Hari Krismas sudah mula dipasang di premis perniagaan atau di rumah kediaman pada bulan November setiap tahun. Di sini saya himpunkan gambar-gambar yang dirakamkan di Vancouver serta kawasan yang berdekatan dengannya.

Salah satu tempat yang menarik yang mesti dilawati semasa musim sejuk di Vancouver ialah Robson Square kerana gelanggang ski dibuka selama tiga bulan. Selain itu, pokok Krismas rasmi yang diletakkan setiap tahun di Galeri Seni Vancouver telah digantikan dengan yang baru dan mempunyai  ketinggian 80 kaki sekaligus memintas ketinggian pokok Krismas di Rockefeller Center di New York City. Pokok Krismas rasmi Vancouver yang lama hanya berketinggian 50 kaki sahaja. Gambar dua dari bawah anda boleh lihat saya berdiri di hadapan pokok tersebut.
Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN

No comments:

Post a Comment