Thursday 15 November 2018

Air Terjun Lebih Tinggi Dari Niagara Falls

Shoshone Falls terletak kira-kira 10.8 kilometer dari Twin Falls, Idaho, Amerika Syarikat. Dengan ketinggian 212 kaki atau 64.6 meter, air terjun ini lebih tinggi dari air terjun terkenal dunia iaitu Niagara Falls. Oleh kerana itu, Shoshone Falls lebih dikenali dengan nama "Niagara Of The West".
Saya melawat ke Shoshone Falls semasa di dalam pemanduan pulang dari Las Vegas ke Vancouver, Kanada dan sebelum membuat persinggahan untuk bermalam di sebuah hotel di bandar Meridian, Idaho.

Untuk melihat air terjun ini dengan lebih dekat, para pelawat perlu membuat bayaran masuk ke Shoshone Falls Park dan kumudian menyambung pemanduan selama beberapa minit sebelum tiba di tempat meletak kenderaan. Selain itu, taman ini menyediakan banyak tempat meletak kenderaan, padang permainan, tandas awam, kedai cenderamata serta pelbagai maklumat bergambar mengenai sejarah air terjun. Pelawat juga boleh berkelah dan beriadah di sekitar kawasan ini.

Terdapat anjung tinjau yang luas bagi pelawat yang ingin mengambil gambar berlatar belakangkan air terjun. Cuaca semasa kedatangan saya pada hari tersebut sangat baik dan suhu juga agak tinggi. Pemandangan memang sangat memukau dan saya sangat berpuas hati dapat mengambil gambar serta video dalam keadaan yang tidak sesak dengan orang ramai. Inilah salah satu kelebihan apabila mengembara dan melawat ke tempat tarikan pelancong pada bukan musim puncak iaitu bukan pada cuti sekolah atau cuti umum.

Video ini juga boleh ditonton melalui saluran You Tube Shery NN;
https://youtu.be/R0P9QDKbsS8

Instagram : blog_th2010

You Tube : Shery NN 

No comments:

Post a Comment