Wednesday 21 November 2018

May 2018 : Pemanduan Dari Vancouver Ke Las Vegas

Pulang dari kembara berkereta dari Las Vegas pada penghujung bulan April, saya berehat seketika sahaja kerana pada awal bulan Mei, saya dan suami kembali semula ke Las Vegas dan pemanduan masih menggunakan laluan yang sama seperti yang digunakan pada bulan April.

7 Mei 2018
Peta di bawah menunjukkan jumlah pemanduan tanpa henti. Adalah mustahil bagi pengembara yang langsung tidak membuat persinggahan. Huruf  'A' di dalam peta ialah menandakan lokasi hotel penginapan kami pada hari pertama di Twin Falls, Idaho manakala 'B' ialah lokasi hotel di Las Vegas Utara.

8 Mei 2018
Pada musim bunga, waktu subuh dan pagi sudah semakin awal, maka ia adalah satu bonus juga bagi kami untuk bertolak awal pada hari kedua. Pemanduan berjalan lancar tanpa masalah kecuali di 166 kilometer terakhir sebelum tiba di Las Vegas. Kerja-kerja membaik pulih jalan raya menyebabkan semua kenderaan terpaksa berhenti dan berbaris panjang. Anda boleh lihat melalui gambar dua dan tiga yang terakhir yand disertakan di bawah ini. Kami tiba di hotel pada jam 3:00 petang iaitu 2 jam terlewat dari waktu sebenar.
8 Mei 
Sekiranya kualiti video kurang memuaskan, anda boleh menonton melalui saluran You Tube Shery NN di mana saya muat naik video kualiti tinggi di sana ;
https://youtu.be/JeDy3fcxZfc

Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN

No comments:

Post a Comment