Monday 12 November 2018

Menghadiri Pengambaran Iklan Di Las Vegas

Selepas makan malam dan semasa lalu di hadapan Bellagio Hotel & Casino, Las Vegas, saya ternampak ada satu pengambaran yang sedang dijalankan. Oleh kerana ramai orang yang ingin melihat dari dekat, saya pun turut bersama mereka untuk mengetahui siapakah 'orang terkenal' yang mungkin berada di situ. Apabila mengamati beberapa kali dan atas bantuan seorang rakan baharu saya tahu pelakon Hollywood Mena Suvari yang sedang menjalani pengambaran. Selesai pengambaran, beberapa kakitangan produksi memberi surat untuk ditandatangani kepada saya dan yang lain sebagai bukti dan mengakui bahawa kami mungkin termasuk di dalam pengambaran iklan yang akan disiarkan kelak. Selain gambar-gambar yang saya kongsikan di bawah ini, anda boleh menonton video yang sempat saya rakamkan semasa pengambaran.
Video ini juga boleh ditonton melalui saluran You Tube Shery NN ;
https://youtu.be/UAhfGENZiiQ

Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN

No comments:

Post a Comment