Saturday 30 January 2010

Jalan Jalan Cari Makan

31/1/2010
Assalamualaikum w.h.t dan Salam Mesra.

    Semasa saya melihat kembali  beberapa gambar yang saya ambil pada minggu lepas,tiba tiba tergerak hati ingin berkongsi cerita mengenai gambar gambar tersebut.Blog terakhir saya pada bulan Januari ini ialah berkenaan "Jalan Jalan Cari Makan"(JJCM) :-)
Buku panduan makanan,restoran,kedai daging halal yang dikeluarkan oleh Islamic Council Of Western Australia(ICWA) sering menjadi rujukan saya dan suami jika kami mahu JJCM.
                                                   CAFE 7 (Halal Western Food)

Cafe 7 beralamat di 127,the Broadview,Landsdale http://www.cafe7.com.au/. Jauh dari bandaraya,sehinggakan tersesat mencari restoran ini :-)Keadaan di dalam Cafe 7 nampak cantik berbanding jika dilihat dari luar.
Buku Menu

Chocolate Monkey :-)

 Potato wedges dipesan sebagai pembuka selera,dan dihidangkan dengan sweet chilli sauce dan sour cream.

 Seterusnya hidangan utama;Meatlover Pizza dan Stir Fry Beef Egg Noodle.

      Nampaknya hari kurang baik bersama Cafe7.Pizza dan mee rasa seperti serba serbinya kurang "umph",tetapi layanan dari pemilik dan pembantu Cafe7 memuaskan.

                                                             BATAVIA CORNER
   
     Restoran yang menghidangkan masakan dari Indonesia ini terletak di  912,Albany Highway,Victoria Park.Jika memandu untuk kesini dari rumah,ianya mengambil masa lebih kurang 10minit sahaja.Sudah beberapa kali saya menjamu selera di Batavia Corner,tetapi entah mengapa seperti tidak berkesempatan mengambil gambar.Kunjungan pada kali ini,barulah saya dapat merakamkan beberapa gambar :-)



(Gambar di atas)Sijil Halal ada dipaparkan di kaunter memesan makanan.
Menu yang sama sering kali dipesan apabila datang ke sini ialah;


                                                                        Tauhu Telur


Nasi Ayam Penyet dan Nasi Komplit(Nasi kuning,telur rebus,sayur urap,ayam goreng dan daging goreng)
*Sayur urap adalah kombinasi sayur dan digaul dengan kelapa parut(seperti inti pulut udang/pulut panggang)
Selamat Menjamu Selera!dan semestinya akan datang lagi ke sini :-)

                                                            NAK MAKAN APA?
    
     Bukan saya yang bertanya kepada anda nak makan apa.Tetapi Nak Makan Apa?adalah nama kedai makan! :-)

Nak Makan Apa?(food court)bertempat di 4/222 Russel Road,Morley.

Murtabak dan soto menjadi pilihan sebagai alas perut sebelum menonton wayang pada hari minggu yang lepas :-)

     Tiga kedai makan sudah saya "bawakan" untuk anda semua,cukup setakat ini dahulu dan
nantikan kemunculan saya pada hari yang lain pula.Jumpa Lagi :-)
































3 comments:

  1. bravo walakutu!!!! kalah maria tunku sabri nie..semua nmpak sedap.. terliur+ lapar plak tgh2 mlm nie.. hihihihi..

    ReplyDelete
  2. Sedapppppppppppppppppppppppp hingga menjilat sikuuuuuuuuuuuuu lulu walalulu :D

    ReplyDelete
  3. Dasat la wehhhh...kamon la....travel fair !!!sapot meh!!

    ReplyDelete