ASSALAMUALAIKUM WHT,dan SALAM MESRA
Bertemu kita kembali.Terasa hari ini seperti ada sesuatu yang ingin di kongsi bersama,sekadar ingin bercerita :-)
Sebelum saya melelapkan mata di awal pagi tadi,saya sempat melayari internet untuk mengetahui ramalam cuaca di Australia(http://www.bom.gov.au/)
Walaupun sekarang ini musim panas(Summer) di negara 'Downunder' ini,tetapi setiap hari cuaca dan suhu boleh berubah dengan mendadak.Oleh kerana itu lah,sudah menjadi rutin harian bagi saya untuk mengetahui suhu dan cuaca terkini.
Melihat kepada cuaca di Perth pada awal hari ini,agak 'sejuk' sedikit(suhu sekitar 16-24degree celcius)jadi saya mengambil keputusan untuk keluar mengambil angin pada tengah hari nya. Perjalanan berjalan kaki dari rumah untuk ke 'city',hanya mengambil masa antara 10 dan 15 minit sahaja.Saya lebih suka berjalan kaki berbanding menaiki bas awam percuma(CAT),dan ia ibarat senaman bagi saya :-)
Sambil menjamu mata melihat gelagat penduduk tempatan serta pelancong,perut pula berkeroncong.
Terus terlintas di kepala ialah Maya Masala( http://www.mayamasala.net/)Maya Masala terletak di dalam gerai makan(food court) di pusat membeli belah enex100.
Syukur Alhamdulilah nasi,ayam mentega,kambing masakan ala India dah roti nan bawang putih membuatkan saya kekenyangan :-)
Oleh kerana keadaan ruang makan(food court) yang bersih,tempat duduk yang selesa jadi saya mengambil sedikit masa lagi utuk berehat.Sambil duduk menghabis kan minuman,saya melihat buku promosi dari kedai elektronik,camera,dan video(http://www.jbhifi.com.au/).
Helaian demi helain diselak,tiba tiba ternampak sesuatu yang menarik perhatian saya.Promosi harga murah bagi pemacu kilat USB(USB Flash Drive/Thumbdrive).Pelbagai pilihan jenama,harga dan saiz yang di tawarkan.
Selesai menghabiskan minuman,tanpa berlengah lagi saya menuju ke jb hi fi.Semestinya yang menjadi pilihan di hati saya ialah "thumbdrive" yg harganya paling murah.Di bawah ini,saya sertakan gambar "thumbdrive" terbaru saya :-)4GB berharga AUD 15
Melangkah keluar dari kedai jb hi fi,hati tertanya pula kemana seterusnya?Baiklah,tanpa berfikir panjang,saya terus ke kedai cenderahati(souvenir).Sambil melihat dan membelek baju baju Australia,saya di tegur, "awak ini orang Indonesia?"Lantas saya menjawab sambil tersenyum,"Tidak,saya orang MALAYSIA" :-)
"Ya,saya tinggal di sini!" :-)
Pertanyaan dan persoalan itu berakhir begitu sahaja.Sejak awal lagi saya sudah nampak "bapak" ini bersama rakan rakan mereka.Mendengar dari bahasa dan pakaian mereka,saya tahu mereka dari Indonesia.
Seronok pula rasanya apabila saya di tegur :-),berbangga juga apabila negara kita serumpun bersama negara negara jiran yang lain.
Sesudah keluar dari kedai itu,saya singgah ke beberapa lagi kedai "souvenir",sehinggalah kedai yang terakhir yang mencuri tumpuan saya untuk masuk menjengah.
Antara sebab saya berminat untuk masuk ke kedai ini ialah:
1)Saya pernah membeli ole ole di kedai yang sama ketika pertama kali datang ke sini beberapa tahun lalu,
2)Promosi barang murah seperti T-Shirt,sudah digantung di luar pintu masuk,
3)Terdengar lagu arab berkumandang di radio di dalam kedai.
Hati lebih kuat ingin tahu siapkah yang mendengar musik ini?Masuk ke dalam kedai,saya melihat pelbagai promosi dan harganya murah dari kedai yang lain.Apa yang ingin di beli ya?Mata memandang ke arah kaunter,ingin tahu lagi siapa si pendengar lagu itu.Tidak ada jawapan,kerana saya tidak nampak sesiapa yang berdiri di situ,pekerja pekerjanya sibuk melayan pelanggan agaknya.
Saya di sapa oleh seorang wanita yang peramah,memberitahu saya barang yang saya lihat itu ada promosi murah.Hati kecil berkata,oooo rupanya wanita ini orang jepun :-)
Meneruskan 'pencarian' di dalam kedai,tidak tahu apa yang hendak di beli,sekadar mencuci mata sahaja.Saya diberikan bakul kecil oleh wanita jepun ini yang saya pasti pembantu atau pemilik kedai.Tiba2 saya tertarik perhatian pula pada bahagian menjual rantai kunci(keychain).Ternyata ianya cantik dan murah.Sambil memilih,saya di sapa oleh seorang lelaki,katanya rantai kunci ini murah,tidak dapat di kedai lain :-) saya mengiya sahaja,kerana tidak dapat di sangkal apa yang di katakannya.Saya di tanya adakah saya dari MALAYSIA?Adakah saya Muslim?Semua saya mengakuinya,lantas lelaki ini menghulurkan salam,Assalamualaikum.Sebelum hendak membayar barang yang saya beli,kami sempat berbual bual dan saya bertanya beberapa soalan :-)
Beliau berasal dari Iran dan sudah 4 tahun menetap di sini,manakala wanita yang menyapa saya seawal saya memasuki kedai itu adalah isteri beliau yang berasal dari Jepun,tanpa lengah beliau memberitahu isterinya yang sedang sibuk melayan pelanggan bahawa saya seorang Muslim.Isterinya terus memberikan salam kepada saya :-)
Patut la semasa saya berjalan di dalam kedai,saya terdengar si isteri berbual bersama si suami,tetapi saya tidak faham.Rupa rupanya si isteri bertutur bahasa Arab.Agak kelakar juga bila lidah orang Jepun berbahasa
Arab :-) Selepas membayar barang yang dibeli,beliau memulangkan baki dengan ucapan TERIMA KASIH.
Sebelum meninggalkan kedai,sempat kami berbalas salam dan saya meninggalkan kedai dengan senyuman di hati :-)Teringat ketika saya datang ke kedai itu beberapa tahun lepas,saya tidak berjumpa dgn lelaki Iran ini.Mungkin pada masa itu,kedai berkenaan masih menjadi milik orang lain.
Apa yang saya cerita kan di atas,seperti dua kejadian saya di tegur siang tadi,amat selalu saya hadapinya ketika saya bekerja sebagai pramugari dahulu.Di merata rata negara,ramai yang kenal kita orang Asia,ramai yang tahu kita ini orang MALAYSIA,dan ramai yang kenal MALAYSIA dgn KLCC,APA KHABAR,TERIMA KASIH.Sudah biasa bagi saya sebenarnya,cuma yang berbeza sedikit adalah sejak saya menetap di Perth, ini lah pertama kali saya di tegur sebegini ketika saya sedang membeli belah.Teringat pula seperti saya masih lagi pelancong,dan pramugari pula :-)
Saya bukan lagi pelancong di Australia,saya sudah menetap di sini,Perth rumah kedua saya.Tidak sabar rasanya menunggu dan untuk membawa ahli keluarga saya berjalan jalan di Perth kelak serta membawa mereka ke kedai pasangan Muslim yang sangat peramah apabila melayan pelanggan ini.
Hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri,lebih baik di negeri sendiri.Sejauh mana saya pergi,sejauh mana saya melangkah,...MALAYSIA tetap di hati.Saya berbangga dan InsyaAllah akan saya bawa imej ini untuk selamanya.Saya umat ISLAM,bangsa MELAYU dan rakyat MALAYSIA!!
Tempat jatuh lagi di kenang.......
Islam #2 religion in Australia. Ramai bangsa lain yang beragama Islam disini. Tak shocked jumpa orang putih or Jepun or orang Aboriginal yang agama Islam =)
ReplyDeleteAU juga seperti melting pot. Ramai pendatang seperti pelarian, orang yang berhijrah kerana sekolah, kerja or kahwin membuat AU rumah kedua.
Tanpa pendatang ni, AU akan jadi "kosong".
80% of AU population are migrants :)
Bestlah dia pergi jalan... Nak ikut makan Ayam Mentega :)
so sweett... tacing bca blog kali nie..
ReplyDelete~cek~
Acu yg menaip tadi pun tertacing sendirik :)
ReplyDeleteBaca nih tetiba rasa nk kensel plan tempah tiket gi AU...moga2 issue akan lg best!
ReplyDeleteBila nk gi nihh...
Kansel?
ReplyDeleteape yg cncel nie? ouh g Au ye..
ReplyDelete