Tuesday 9 November 2010

Selamat Sampai Melbourne

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Syukur Alhamdulilah pada 15hb September bersamaan 6 Syawal,kami selamat sampai ke Melbourne.Atas beberapa urusan yang tidak dapat di elakkan,kami belum boleh pindah masuk ke rumah dan kami bermalam di hotel lebih kurang satu minggu.

Pada 20hb September,saya menerima mesej dari kakak saya mengatakan artikel saya mengenai hari raya di dalam akhbar Harian Metro sudah berada di pasaran.
Saya telah di temuramah oleh wartawan pada bulan puasa yang lepas.Pada awalnya saya menolak untuk di temuramah kerana pada waktu itu saya sangat sibuk dengan persiapan untuk berpindah.Kata wartawan berkenaan,hanya beberapa soalan sahaja yang akan di soal, maka saya pun berubah fikiran dan meluangkan masa untuk menjawab soalan-soalan tersebut yang pada asalnya sedikit tetapi menjadi semakin banyak :-)


Saya gembira selepas membacanya kerana hasil penulisan saya secara tidak langsung menyumbang di dalam artikel ini :-)

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Elakdengarlaguraya



Kesemua gambar ini telah diimbas(scanned) oleh Encik Zulkeflee Haron.Terima kasih sekali lagi di ucapkan kepada beliau.

*Informasi tambahan,artikel pertama;
"Elak Dengar Lagu Raya" di siarkan pada 20hb September 2010,
,manakala artikel kedua bertajuk "Pengalaman Manis Enam Hari" pada 19hb Oktober 2010.

3 comments: