Monday 22 November 2010

Selamat Hari Lahir Cek Intan

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Mesra

     Hari ini saya dedikasi kan blog ini khas kepada Cik Rabi'atul Adawiyah Roslan atau nama manja panggilan dari ahli keluarganya ialah Cek Intan.
Terlebih dahulu saya perkenalkan kepada anda siapa dia Cek Intan.Ibunda beliau Puan Jamaliah Ali adalah kakak kepada abang ipar saya,Abdul Halim Ali.Mungkin ada yang dapat membayangkan sedikit jauh pertaliannya dengan saya.Oleh kerana sejak dari kecil Cek Intan begitu rapat dengan saya dan keluarga di Ipoh,dengan itu saya juga sudah menganggap beliau seperti anak saudara saya sendiri tidak ada bezanya dengan anak-anak saudara saya yang lain.
Saya bersama Cek Intan di rumah beliau di Alor Star,Kedah.Ketika ini saya berumur 11 tahun dan Cek Intan 2 tahun
Gambar sekitar tahun 2002 semasa melancong ke Pulau Langkawi
Tarikh hari lahir Cek Intan adalah 25hb November iaitu satu hari sebelum tarikh hari lahir saya.Kami kerap juga menyambut hari jadi bersama.
Aidil Adha 2007.Tidak di rancang,warna pakaian kami sedondon.
 "Cek,Acu suka tuala ni tebal.Tuala ni Acu dah guna masa di KL dan sampai reput baru buang.
Tahun 2005 Cek beri Acu baby T warna coklat,ni gambarnya masa acu pakai tahun lepas di Perth."

"Tahun 2006 Cek beri Acu beg tangan warna hijau tu.Staf di pejabat KLIA pun ramai yang memuji beg tu.Acu puas gayakan beg tu sampai skru pemegang sudah tertanggal"

Aidil Adha 2008.Sekali lagi tanpa di rancang,baju kurung kami berwarna biru.
 "Cek,beg mekap kain harimau ni masih cantik.Dulu Acu guna,tapi sekarang Acu dah simpan sebab tak nak rosak atau koyak.Beg mekap ni sekarang ada di Melbourne! :-) "

Hari Pernikahan saya pada 25hb September 2009
"Cek,baju kurung tu masih ada warna putih latar belakangnya,sama lah dengan baju nikah Acu.Hehehhe :-) "


Pada tahun 2009,saya tidak dapat menyambut hari jadi bersama Cek Intan kerana baru sahaja berpindah ke Australia.Walau bagaimanapun,saya tetap mengirimkan hadiah serta kad ucapan.
Hadiah serta kad ucapan untuk Cek Intan dari saya dan suami
Hadiah serta kad ucapan untuk Cek Intan dari saya dan suami
 Tujuan saya menghadiahkan Cek Intan dengan kamera digital tentunya kerana saya mahu melihat apa sahaja gambar dan perkembangan Cek Intan di Malaysia.Dengan kehadiran kamera ini,saya pun menggelarkannya dengan nama "Pinky".

"Terima kasih Cek,Pinky dah banyak berjasa untuk kita :-) "

Tinggal dua hari lagi sebelum tibanya birthday  Cek Intan yang ke 20 tahun.2010 adalah tahun kedua saya tidak dapat untuk bersama sama menyambutnya.Seperti yang saya katakan di atas tadi,blog ini saya dedikasikan kepada beliau.

"Cek,Acu ucapkan awal dua hari sebab hujung minggu ni acu dah mula sibuk tambahan bila Unclee cuti.
Kepada Cek Intan,Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Yang Ke 20!
Semoga panjang umur dan murah rezeki.Acu doakan juga Cek berjaya di dalam pelajaran sehingga ke menara gading.Jaga diri,jaga tutur kata,kekalkan adab sopan dan jaga nama baik mama,ayah dan adik."

"Maaf Cek,tahun ni Acu tak dapat kirimkan hadiah untuk Cek sebab masih fobia pasal barang yang dipos hilang bulan Jun lepas,baju Cek pun ada dalam bungkusan tu.
InsyaAllah jika di izinkan,tahun depan Acu balik baru Acu beri hadiah yang tertunggak ye,dan kita sambut hari jadi sama sama ok.Doa kan Acu ye!"

"Terima kasih Cek kerana semasa Acu di Perth,Cek sudi meluangkan masa bersama Acu berYM,mendengar luahan Acu dan kita berborak hingga 3-4pagi.Rindu Cek,nanti kita YM lagi k!"

Love U Cek and Miss U xx  :-)

10 comments:

  1. acuuuuuu.... huwaaaa.. sobs.sobs.. cek da tacing, terharunyaaa... dah basah dah muka ni.. mcm mimpi je kan.. bnyk kengan kite.. Insyaallah taun dpan kite dpt celebrate sama2.. potong kek sama2.. mdian acara bukak hadiah sma2.. cek nk pelok acu laju2... tima kasih acuu..


    unclee:: hehehhehe.. tenkiu unclee.. bermula episod tahun ke "20"..

    ReplyDelete
  2. Cekkkkkk...Acu pun banjir jugak ni...InsyaAllah cek,doa2 kan ye..
    welkam tu club 20sen (20an) ;)

    ReplyDelete
  3. kita pun ada 'Pinky;...sama brand , sama color...lain pixels je......mine is 12.2 mega pixels.....



    Pinky's Mummy

    ReplyDelete
  4. Pinky's Mummy : Yeah,i lurve samsung digital camera.my previous digital camera before canon slr ada fujifilm,canon&samsung.samsung warna hitam i bought tahun 2007,then nov2009 camera tu dah sakit tak boleh pakai lagi.
    semua tiga digital camera dah berkubur tapi puas sbb semuanya dpt melancong keluar negara :-)

    ReplyDelete
  5. wah ruby.. kecik nye dunia.. kak nurul peminat setia cek kamu ni.. btw kak, ruby is my beloved junior kat kolej.. hihi.. kecik sungguh dunia ni..

    ReplyDelete
  6. Nurool : Wow!!..yeah keciknya dunia :)

    ReplyDelete
  7. uhhukk..uhukkk.. tersedak.. ada org sbut nama.. hehehehe..

    ReplyDelete