Sunday 21 November 2010

Potongan Rambut

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Mesra

Sedang berehat di ruang tamu,tiba-tiba terlintas di fikiran untuk berkongsi beberapa gambar saya dengan potongan rambut berbeza.
Rambut asal saya adalah lurus dan sedikit keperangan semulajadi.Ketika waktu kecil imej saya adalah berambut pendek kerana senang diuruskan sementelah mahu ke sekolah setiap hari.

Gambar ini dirakamkan pada tahun 1987 ketika saya berumur enam tahun.Apabila usia meningkat remaja,baru lah saya belajar menyimpan rambut panjang.
Pada tahun 1998 ketika berumur 17 tahun
Masuknya tahun milenium 2000,saya memotong rambut pendek secara drastik kononnya mahu bertukar imej sempena masuknya abad baru :-)
Tahun 2000
Selepas dari tahun 2000, saya kembali menyimpan rambut panjang.Dalam jangka masa yang sama,saya ada juga memotong rambut pendek tetapi hanya sekitar paras bahu sahaja.
Tahun 2006
Saya pasti ramai di kalangan kaum wanita yang ingin berambut panjang supaya boleh dihias serta digayakan digayakan dengan pelbagai cara  ketika hari persandingan mahupun pernikahan.Saya juga berkeinginan sebegitu,dan gambar di bawah adalah buktinya.
Tahun 2009
Gambar diambil pada Hari Raya Aidilfitri 2009 iaitu beberapa hari sebelum hari perkahwinan saya.Paras pinggang adalah paling panjang yang pernah saya simpan.
Semasa berbulan madu di Pulau Langkawi,saya sempat ke salun dandanan rambut dan tampil berbeza.Seingat saya ini adalah kali ke tiga saya pernah berambut kerinting kekal (permanent curly).    

Oktober 2009

Februari 2010

Pada bulan Mei 2010,sebelum bertolak ke Melbourne untuk bercuti dan menyambut hari jadi suami,saya memotong rambut sendiri kerana rimas dengan masalah keguguran rambut.Oleh kerana terlalu panjang dan tebal,suami juga turut membantu saya pada ketika itu.

Mei 2010
Rambut yang pada asalnya di paras pinggang,akhirnya sudah pendek hingga ke paras dada.:-)

Empat bulan berikutnya iaitu pada 24hb September 2010 dan sempena menyambut ulangtahun perkahwinan yang pertama,serta memulakan kehidupan baru di Melbourne,maka saya kembali dengan imej berambut pendek.

Sebelum
Selepas

Selepas
Sebenarnya potongan rambut seperti gambar di atas tidak menepati citarasa saya.Ketika di salun,saya menunjukkan contoh gambar kepada pendandan rambut,tetapi beliau mencadangkan potongan lain.Beliau risau saya akan rasa menyesal kerana dalam gambar tersebut potongannya amat pendek.
Baru beberapa minggu,dan tidak sampai satu bulan,saya dapat rasakan rambut saya sudah kembali tebal dan tumbuh dengan cepat,maka saya ke salun sekali lagi untuk menipiskan rambut.
22 Oktober 2010,selepas pulang dari salun
Selepas dua kali ke salun dalam jangka masa dua bulan berturut turut,saya belum berpuas hati dengan potongan rambut dan masih tidak menepati citarasa asal.Oleh itu saya mengambil keputusan untuk memotong rambut saya sendiri tanpa sebarang modal di keluarkan.Maka inilah hasil tangan saya sendiri.:-)

5 November 2010
5 November 2010
5 November 2010
 Ada rakan yang bertanya,adakah saya menyesal memotong rambut pendek.Jawapnya,tidak!
Saya mempunyai dua alasan iaitu pertama,kali terakhir berambut pendek dan nipis pada tahun 2000,malah bukan selalu saya berimej begini.Kedua,pada tahun ini,rambut saya dipotong secara berperingkat oleh kerana itulah saya tidak terasa kehilangan rambut panjang secara mendadak.


Begitulah sedikit sebanyak yang dapat saya kongsikan bersama anda.Selepas puas berambut pendek seperti sekarang, saya akan menyimpan panjang semula.Ya,saya pasti!

Sekian

4 comments:

  1. Macam macam style hairdo. Ni catalogue saloon eh? :D hehehe

    ReplyDelete
  2. hheheh macam2 gaya rambut

    PInky

    ReplyDelete
  3. DH : Ye catalogue Shery Salon :P

    Pinky : Macam macam ada,Itu belum cerita fesyen rambut masa kerja.Berpuluh2 fesyen rambut sehinggakan rakan sekerja selalu tak kenal :)

    ReplyDelete
  4. woo hoo!!! berstyle!!! i like... :)

    ReplyDelete