Thursday 4 November 2010

Jalan Jalan Sebelum Pindah

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Hari Jumaat

Semasa saya berjalan jalan di sekitar Perth,saya sempat merakamkan beberapa gambar untuk di buat kenangan kerana tidak pasti bila lagi saya akan kembali di sini.
Prestige Poultry adalah pusat pembekal daging halal yang beroperasi di Dellamarta Road,Wangara(utara timur Perth).Sebut sahaja Prestige Poultry pasti ramai penduduk tempatan yang mengenalinya.

Terdapat lebih dari satu pembekal daging halal di Perth dan di Australia Barat, antara lain ialah Harvey Beef(www.harveybeef.com.au)yang sangat terkenal sebagai pengeluar daging halal terbesar di Australia Barat sejak tahun 1919.
Suami saya kerap berjumpa dengan bos atau pemilik Harvey Beef di masjid apabila menunaikan solat Jumaat.Pemilik Harvey Beef ini juga amat pemurah dan seringkali memberi sedekah kepada jemaah dengan memberi cek ataupun wang tunai.Orang ramai mungkin menganggap beliau sebagai seorang yang pemurah tetapi mereka tidak tahu beliau adalah pemilik Harvey Beef .Suami saya pun mendapat tahu melalui sumber terdekat masjid itu.


Kelihatan dari jauh di sebelah kanan gambar,Perth Mosque.Satu satunya masjid yang di pusat bandar Perth.



Perth Mosque terletak di William Street ,Northbridge telah dibina seawal tahun 1905.Masjid ini boleh menampung kapasiti jemaah seramai 600orang.Northbridge juga terkenal dengan Chinatown.

Suami saya menjadi jemaah tetap masjid ini untuk solat Jumaat,tarawikh dan solat sunat hari raya kerana dekat dengan rumah kami dan hanya mengambil masa 5minit pemanduan sahaja.Di masjid ini juga beliau kerap berjumpa dengan bos Harvey Beef.
Pemandangan masjid dari pintu hadapan.
 Inilah William Street di mana terletaknya Perth Mosque dan di sepanjang jalan ini terdapat berpuluh-puluh kedai Asian.
Bersebelahan dengan Perth Mosque terletak pula Kong's Oriental Supermarket.Pemilik pasar raya ini adalah seorang wanita berbangsa cina yang berasal dari Malaysia.Saya kerap juga membeli barangan di kedai ini seperti roti canai segera,perencah nasi dan mee goreng,durian,dan pelbagai lagi barangan yang majoritinya di import dari negara Asia termasuklah Malaysia,Singapura dan Indonesia.

Masjid Al Majid pula beralamat di Walter Blvd Padbury manakala
Masjid & Islamic Council WA terletak di Malvern Road Rivervale.


Terima kasih kerana sudi singgah di Terjemahan Hati dan sedikit sebanyak anda juga dapat informasi yang tidak seberapa ini dari saya.Kita berjumpa di lain masa :-)

2 comments:

  1. Rindu PER plak suddenly :(( Rindu solat kat Masjid Northbridge & Rivervale :((

    ReplyDelete