Thursday 4 November 2010

Radio Melayu Perth edisi Raya

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Pertemuan

Pada 4hb September bersamaan 24 Ramadhan yang lalu,saya menemani suami ke konti radio untuk bersiaran di Radio Melayu Perth edisi hari raya.Ini bukanlah pertama kali saya berada di konti,tetapi disebabkan kehadiran suami pada kali ini adalah yang terakhir sebelum kami berpindah ke Melbourne,maka saya sisipkan beberapa gambar untuk tatapan bersama.
Pasangan juruhebah pada malam itu ialah Puan Juti Ali.
Setiap kali ke udara,juruhebah pasti akan menyampaikan laporan kaji cuaca untuk satu minggu yang berikutnya.Sumber yang diperolehi adalah dari Biro Kaji Cuaca Australia seperti salinan di atas.
(www.bom.gov.au)
Lampu ini akan bernyala sekiranya ada panggilan masuk.Pada malam tersebut begitu banyak sekali panggilan yang diterima dari pendengar yang ingin menyampaikan ucapan hari raya.

Sempat merakamkan gambar kandid.
Ketika lagu Sepasang Kurung Biru diputarkan,suami pun menyanyi dalam diam lagu kegemaran beliau ini :-)

 Untuk maklumat tambahan,Radio Melayu Perth bersiaran setiap hari sabtu selama satu jam mulai 9 hingga 10 malam.Untuk keterangan lanjut sila ke laman sesawang (www.6eba.com.au)

4 comments:

  1. Untuk meminta lagu ataupun memberi ucapan silalah menelefon kami ditalian 92275953 ataupun melalui radiomelayuperth@yahoo.com.au

    ReplyDelete
  2. hehhheheh DJ feeling lagu kurung biru...dari zaman single till now....kekekkekek

    eh ye ke no. tu..boleh tel skrgg? nak tuju kan lagu lerrrrrrrr


    DJ..amacam ada kan MJ2 versi melb...hehehhehe hantu2 omputih..kekekekke



    Peminat Setia DJ Kurung Biru...wkakkakakakakak

    ReplyDelete
  3. oopppSSSS MJ12....

    ReplyDelete
  4. Anonymous : boleh call.if lagu tak dpt cari mlmni,akan cuba cari mgu dpn :)
    cerita psl MJ12 hantu melayu or org putih,.dj muda ni mmg byk pengalaman.. hehehe

    ReplyDelete