Wednesday, 3 November 2010

Keropok Lekor & Otak Otak

Assalamualaikum w.h.t. dan Salam Bahagia

Seperti yang anda sedia maklum,saya masih lagi dalam proses mengemaskini Terjemahan Hati yang agak ketinggalan,oleh itu saya kembali di sini ingin berkongsi cerita mengenai beberapa aktiviti saya di bulan Ramadhan yang lepas.

Saya menerima khidmat pesanan ringkas dari sahabat saya yang mengatakan akan ada jualan hari raya dan keropok lekor di Nollamara,Perth .Saya begitu teruja apabila mendapat berita ini apatah lagi sudah setahun tidak menjamah keropok lekor sejak saya berpindah ke Australia.
Pada hari tersebut,saya dan suami pun tiba di tempat yang telah di khabarkan.
Inilah kediaman Dato' Haji Bakar atau lebih mesra dipanggil Dato' Burn yang di jadikan tempat jualan hari raya.Antara barangan yang di jual adalah seperti baju kurung,tudung,telekung(gambar di atas),
 minyak angin,minyak gamat,losen,pencuci muka,dan minyak wangi yang semuanya buatan Malaysia.


Barangan lain yang terdapat di sini  adalah sampul duit raya,majalah dari Malaysia,kuah kari segera,
dan tidak ketinggalan ialah kuih raya .

Juadah untuk berbuka puasa juga dijual seperti mee rebus,nasi ayam dan aneka kuih muih tradisional.
Inilah keropok lekor yang membuatkan saya begitu teruja untuk membelinya.Harga satu paket keropok lekor ialah $10,dua paket $18,dan lebih jimat jika dibeli tiga paket kerana harganya $25( matawang dalam Australia Dollar).
Otak-otak juga di jual dengan harga yang sama.

Bergambar bersama Dato Burn,orang yang bertanggungjawab membawa masuk produk keropok lekor dan otak-otak ke Perth Australia.Untuk maklumat anda,usia kemasukan keropok lekor dan otak-otak di Australia baru mencecah 3bulan dan buat masa ini hanya di jual di Perth sahaja.InsyaAllah tidak lama lagi ianya akan tiba untuk pasaran di negeri-negeri sebelah timur(Sydney,Melbourne,Brisbane).

Selepas pulang dari jualan hari raya,saya terus ke rumah kakak angkat saya untuk berbuka puasa bersama.Inilah keropok lekor dan otak-otak yang telah digoreng.Rasanya begitu sedap sekali. :-)

5 comments:

  1. Yum Yum slurps Keropok Lekor :) Sedappppppp :)

    ReplyDelete
  2. Tolong beli bawa balik Melb k.Tq :)

    ReplyDelete
  3. Saya nak order dan duduk di Victoria...bagaimana ya?

    ReplyDelete
  4. Ibudari5anak : Baru-baru ni saya baru dapat berita dari teman rapat, penjual ni dah tak jual keropok dan otak2. Maaf tak dapat tolong puan.

    ReplyDelete