Tuesday 23 November 2010

2611 (2009)

Assalamualaikum w.h.t  dan Salam Sejahtera

     Tentu ada yang tertanya tanya apakah maksud di sebalik tajuk di atas dan saya pasti mereka yang terdekat dan mengenali saya sudah dapat meneka.2611 adalah tarikh kelahiran saya.
Hari ulang tahun yang ke-28 pada 26hb November 2009 adalah suatu kenangan manis kerana buat pertama kalinya saya  dapat menyambut bersama suami tercinta.Namun di sebalik kenangan manis tersebut,tercalit kesedihan di dalam diri ini.Semasa belum berkahwin,setiap tahun saya akan meraikan hari ulang tahun bersama keluarga tercinta malah telah menjadi kebiasaan kami mengadakan doa selamat di rumah.
Oleh kerana itulah pada tahun lepas,saya meraikannya dalam suasana yang agak sedikit sepi tetapi syukur suami ada di sisi.


Upacara meniup lilin dan memotong kek diadakan tepat pada jam 12 tengah malam,dan hanya bersaksikan kami berdua.
Hadiah hari ulang tahun yang pada asalnya suami ingin berikan kejutan akhirnya tidak menjadi kerana saya telah memaksa suami untuk memberitahu keadaan sebenar.Mana tidaknya sehari sebelum 26hb,suami tidak berhenti henti mengingatkan saya supaya memakai seluar dan kasut sukan pada esok hari.Tentu lah saya rasa pelik dan hairan,ke mana kami harus pergi sedangkan niat di hati ingin berpakaian cantik pada hari istimewa saya.

Sewal jam 10 pagi,saya di bawa ke Jandakot Airport.

Dalam perjalanan ke Jandakot Airport
Suami telah mendaftarkan saya untuk menaiki pesawat ringan(trial flight).Maaf saya tidak tahu berapa harga yang perlu di bayar untuk trial flight  ini.
Bersedia untuk menaiki pesawat
Juruterbang Ben membantu saya memasang tali pinggang keselamatan
Sudah mula bergerak(taxing)
Saya amat bertuah dan beruntung kerana di beri kepercayaan dari juruterbang Ben untuk menaikkan pesawat sepenuhnya dengan sendiri (take off ).
 Ya,saya yang menaikkan pesawat ini :-)
Semasa di dalam kokpit pesawat,saya sempat merakamkan beberapa gambar yang menarik.Maaf gambar tidak jelas kerana saya menggunakan kamera telefon bimbit.Untuk maklumat anda,telefon bibit hendaklah di matikan ketika berada di dalam pesawat.

Pelabuhan Fremantle
Pelabuhan Fremantle
Juruterbang Ben
Walaupun saya bukan juruterbang,tetapi jika diukur daripada pengalaman dalam bidang penerbangan,saya lebih senior dari Ben kerana beliau baru dua tahun dalam bidang ini dan saya pula sudah bersama dengan penerbangan Malaysia sejak dari tahun 2004.Oleh sebab itulah beliau terkejut apabila mendapat tahu saya adalah bekas pramugari.
Ini bukan kali pertama saya berpeluang duduk di dalam kokpit.Sebelum ini sudah tidak terkira berapa kali saya merasainya ketika naik dan mendarat(take off, landing)di dalam kokpit pesawat Boeing 737 dan Airbus A330.Tetapi pengalaman kali ini amat berbeza sama sekali,kerana ianya adalah sebuah pesawat kecil yang saya anggap lama dan tidak selamat apatah lagi apabila pesawat ini sedang membelok di atas laut(saya juga di beri peluang oleh Ben untuk membelokkan pesawat).

Kenangan yang tidak dapat di lupakan
Saya perlu fokus kerana pesawat akan mendarat sebentar lagi
Landasan untuk mendarat
Selamat mendarat
Akhirnya saya menerima sijil

Sebelum pulang,kami bergambar berlatar belakangkan bangunan Royal Aero Club di Jandakot Airport.Suami saya juga begitu teruja apabila datang ke sini kerana di sini lah salah satu daripada beberapa sekolah penerbangan yang beliau hadiri sewaktu beliau menjalani latihan juruterbang lebih kurang 15 tahun yang lalu.

Sijil Percubaan Penerbangan
Kepada mereka yang bercita cita untuk menjadi seorang juruterbang,ambil lah peluang seperti apa yang dapat saya lakukan ini.Selepas satu percubaan penerbangan,barulah anda tahu akan keadaan sebenar yang harus di tempuhi kelak.Ini bukan sekadar nasihat dari saya,malah ianya fakta sebenar melalui pengalaman suami.Seorang kenalan beliau telah mengambil keputusan membatalkan niat untuk menjadi seorang juruterbang selepas menduduki penerbangan percubaan tersebut.
 
Pada lewat petang pula,kami ke Ciao Italia Restaurant yang terletak di Perth Selatan untuk makan malam.
Menuju ke restoran
Ciao Italia Restaurant yang amat terkenal dan dikenali oleh penduduk tempatan dengan pizzanya
Pelayan restoran berbangsa Itali
Makan malam

Tidak ada yang lebih indah melainkan dapat menyambut hari ulang tahun bersama insan tersayang. :-)

Semoga kita bertemu kembali di laman Terjemahan Hati pada masa akan datang,InsyaAllah.



Monday 22 November 2010

Selamat Hari Lahir Cek Intan

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Mesra

     Hari ini saya dedikasi kan blog ini khas kepada Cik Rabi'atul Adawiyah Roslan atau nama manja panggilan dari ahli keluarganya ialah Cek Intan.
Terlebih dahulu saya perkenalkan kepada anda siapa dia Cek Intan.Ibunda beliau Puan Jamaliah Ali adalah kakak kepada abang ipar saya,Abdul Halim Ali.Mungkin ada yang dapat membayangkan sedikit jauh pertaliannya dengan saya.Oleh kerana sejak dari kecil Cek Intan begitu rapat dengan saya dan keluarga di Ipoh,dengan itu saya juga sudah menganggap beliau seperti anak saudara saya sendiri tidak ada bezanya dengan anak-anak saudara saya yang lain.
Saya bersama Cek Intan di rumah beliau di Alor Star,Kedah.Ketika ini saya berumur 11 tahun dan Cek Intan 2 tahun
Gambar sekitar tahun 2002 semasa melancong ke Pulau Langkawi
Tarikh hari lahir Cek Intan adalah 25hb November iaitu satu hari sebelum tarikh hari lahir saya.Kami kerap juga menyambut hari jadi bersama.
Aidil Adha 2007.Tidak di rancang,warna pakaian kami sedondon.
 "Cek,Acu suka tuala ni tebal.Tuala ni Acu dah guna masa di KL dan sampai reput baru buang.
Tahun 2005 Cek beri Acu baby T warna coklat,ni gambarnya masa acu pakai tahun lepas di Perth."

"Tahun 2006 Cek beri Acu beg tangan warna hijau tu.Staf di pejabat KLIA pun ramai yang memuji beg tu.Acu puas gayakan beg tu sampai skru pemegang sudah tertanggal"

Aidil Adha 2008.Sekali lagi tanpa di rancang,baju kurung kami berwarna biru.
 "Cek,beg mekap kain harimau ni masih cantik.Dulu Acu guna,tapi sekarang Acu dah simpan sebab tak nak rosak atau koyak.Beg mekap ni sekarang ada di Melbourne! :-) "

Hari Pernikahan saya pada 25hb September 2009
"Cek,baju kurung tu masih ada warna putih latar belakangnya,sama lah dengan baju nikah Acu.Hehehhe :-) "


Pada tahun 2009,saya tidak dapat menyambut hari jadi bersama Cek Intan kerana baru sahaja berpindah ke Australia.Walau bagaimanapun,saya tetap mengirimkan hadiah serta kad ucapan.
Hadiah serta kad ucapan untuk Cek Intan dari saya dan suami
Hadiah serta kad ucapan untuk Cek Intan dari saya dan suami
 Tujuan saya menghadiahkan Cek Intan dengan kamera digital tentunya kerana saya mahu melihat apa sahaja gambar dan perkembangan Cek Intan di Malaysia.Dengan kehadiran kamera ini,saya pun menggelarkannya dengan nama "Pinky".

"Terima kasih Cek,Pinky dah banyak berjasa untuk kita :-) "

Tinggal dua hari lagi sebelum tibanya birthday  Cek Intan yang ke 20 tahun.2010 adalah tahun kedua saya tidak dapat untuk bersama sama menyambutnya.Seperti yang saya katakan di atas tadi,blog ini saya dedikasikan kepada beliau.

"Cek,Acu ucapkan awal dua hari sebab hujung minggu ni acu dah mula sibuk tambahan bila Unclee cuti.
Kepada Cek Intan,Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Yang Ke 20!
Semoga panjang umur dan murah rezeki.Acu doakan juga Cek berjaya di dalam pelajaran sehingga ke menara gading.Jaga diri,jaga tutur kata,kekalkan adab sopan dan jaga nama baik mama,ayah dan adik."

"Maaf Cek,tahun ni Acu tak dapat kirimkan hadiah untuk Cek sebab masih fobia pasal barang yang dipos hilang bulan Jun lepas,baju Cek pun ada dalam bungkusan tu.
InsyaAllah jika di izinkan,tahun depan Acu balik baru Acu beri hadiah yang tertunggak ye,dan kita sambut hari jadi sama sama ok.Doa kan Acu ye!"

"Terima kasih Cek kerana semasa Acu di Perth,Cek sudi meluangkan masa bersama Acu berYM,mendengar luahan Acu dan kita berborak hingga 3-4pagi.Rindu Cek,nanti kita YM lagi k!"

Love U Cek and Miss U xx  :-)

Sunday 21 November 2010

Potongan Rambut

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Mesra

Sedang berehat di ruang tamu,tiba-tiba terlintas di fikiran untuk berkongsi beberapa gambar saya dengan potongan rambut berbeza.
Rambut asal saya adalah lurus dan sedikit keperangan semulajadi.Ketika waktu kecil imej saya adalah berambut pendek kerana senang diuruskan sementelah mahu ke sekolah setiap hari.

Gambar ini dirakamkan pada tahun 1987 ketika saya berumur enam tahun.Apabila usia meningkat remaja,baru lah saya belajar menyimpan rambut panjang.
Pada tahun 1998 ketika berumur 17 tahun
Masuknya tahun milenium 2000,saya memotong rambut pendek secara drastik kononnya mahu bertukar imej sempena masuknya abad baru :-)
Tahun 2000
Selepas dari tahun 2000, saya kembali menyimpan rambut panjang.Dalam jangka masa yang sama,saya ada juga memotong rambut pendek tetapi hanya sekitar paras bahu sahaja.
Tahun 2006
Saya pasti ramai di kalangan kaum wanita yang ingin berambut panjang supaya boleh dihias serta digayakan digayakan dengan pelbagai cara  ketika hari persandingan mahupun pernikahan.Saya juga berkeinginan sebegitu,dan gambar di bawah adalah buktinya.
Tahun 2009
Gambar diambil pada Hari Raya Aidilfitri 2009 iaitu beberapa hari sebelum hari perkahwinan saya.Paras pinggang adalah paling panjang yang pernah saya simpan.
Semasa berbulan madu di Pulau Langkawi,saya sempat ke salun dandanan rambut dan tampil berbeza.Seingat saya ini adalah kali ke tiga saya pernah berambut kerinting kekal (permanent curly).    

Oktober 2009

Februari 2010

Pada bulan Mei 2010,sebelum bertolak ke Melbourne untuk bercuti dan menyambut hari jadi suami,saya memotong rambut sendiri kerana rimas dengan masalah keguguran rambut.Oleh kerana terlalu panjang dan tebal,suami juga turut membantu saya pada ketika itu.

Mei 2010
Rambut yang pada asalnya di paras pinggang,akhirnya sudah pendek hingga ke paras dada.:-)

Empat bulan berikutnya iaitu pada 24hb September 2010 dan sempena menyambut ulangtahun perkahwinan yang pertama,serta memulakan kehidupan baru di Melbourne,maka saya kembali dengan imej berambut pendek.

Sebelum
Selepas

Selepas
Sebenarnya potongan rambut seperti gambar di atas tidak menepati citarasa saya.Ketika di salun,saya menunjukkan contoh gambar kepada pendandan rambut,tetapi beliau mencadangkan potongan lain.Beliau risau saya akan rasa menyesal kerana dalam gambar tersebut potongannya amat pendek.
Baru beberapa minggu,dan tidak sampai satu bulan,saya dapat rasakan rambut saya sudah kembali tebal dan tumbuh dengan cepat,maka saya ke salun sekali lagi untuk menipiskan rambut.
22 Oktober 2010,selepas pulang dari salun
Selepas dua kali ke salun dalam jangka masa dua bulan berturut turut,saya belum berpuas hati dengan potongan rambut dan masih tidak menepati citarasa asal.Oleh itu saya mengambil keputusan untuk memotong rambut saya sendiri tanpa sebarang modal di keluarkan.Maka inilah hasil tangan saya sendiri.:-)

5 November 2010
5 November 2010
5 November 2010
 Ada rakan yang bertanya,adakah saya menyesal memotong rambut pendek.Jawapnya,tidak!
Saya mempunyai dua alasan iaitu pertama,kali terakhir berambut pendek dan nipis pada tahun 2000,malah bukan selalu saya berimej begini.Kedua,pada tahun ini,rambut saya dipotong secara berperingkat oleh kerana itulah saya tidak terasa kehilangan rambut panjang secara mendadak.


Begitulah sedikit sebanyak yang dapat saya kongsikan bersama anda.Selepas puas berambut pendek seperti sekarang, saya akan menyimpan panjang semula.Ya,saya pasti!

Sekian

Tuesday 16 November 2010

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Aidil Adha

Di kesempatan ini,saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha 10 Zulhijjah 1431 Hijrah kepada semua umat Islam di mana jua anda berada.

*Kami di Melbourne menyambut Aidil Adha satu hari sebelum mereka yang menyambut nya di negara Asia.*

Friday 12 November 2010

Ikea Melbourne

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Saya pernah berkongsi cerita dan gambar bersama anda mengenai Ikea di Perth.Pada kali ini,saya kembali dengan topik Ikea di Melbourne pula.
Ikea di Melbourne terletak di Richmond beralamat......

Beberapa kali kami berulang alik ke Ikea yang pada mulanya meninjau dahulu barangan rumah dan kembali semula pada hari berikut untuk membelinya.
Setelah penat berjalan,kami pun mengalas perut di restoran Ikea dengan hidangan salad dan ikan salmon,kek epal Swedeen serta air oren.

Saya menunggu suami mengambil kereta di kawasan mengambil penumpang dan barang.

Kembali ke Ikea pada awal pagi kerana untuk membeli tilam yang pada hari semalam kehabisan stok.


Beratur di kaunter pembayaran bersama dua buah troli  yang penuh dengan barangan.


Waktu urusniaga Ikea Richmond adalah seperti berikut :
Isnin-Jumaat :9.30pagi - 8.30malam
Sabtu-Ahad : 8.30pagi-6.30malam