Friday, 5 July 2013

Hadiah Terima Kasih Dari Hong Kong

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Kepada para pembaca yang setia mengikuti catatan perjalanan saya ketika berada di Hong Kong dari hari pertama sehingga hari terakhir, saya mengucapkan berbanyak - banyak terima kasih. Sebagai tanda terima kasih, saya kongsikan dengan anda sekeping gambar yang sangat istimewa dan menjadi kegemaran saya. Melalui gambar ini (gambar di bawah), anda dapat melihat pemandangan landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong dari kokpit pesawat.

Gambar ini dirakamkan oleh suami saya dari kokpit pesawat milik Qantas Airways semasa beliau sedang membuat penerbangan turun dan bakal mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong.

Gambar ihsan Kapten Azly





No comments:

Post a Comment